Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Beli Rumah Dapat Kereta, Penjawat Awam Tak Sangka Terima Tuah Berganda

Ekonomi Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 9:44PM

Aishah Elizabeth Butod bersama replika Perodua Myvi yang dimenangi - gambar JL99

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Bidalan ini sesungguhnya amat tepat untuk menggambarkan tuah yang menghujani seorang penjawat awam, apabila pembelian seunit apartment perkhidmatan menyaksikan dia turut terpilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah.

Aishah Elizabeth Butod, 39, mengakui, dia masih tidak percaya sudah dipilih sebagai pemenang.

Katanya, ini adalah kali pertama dia memenangi hadiah utama dalam mana-mana cabutan bertuah.

“Siapa sangka, beli rumah tapi dapat kereta pula. Ini tuah berganda buat saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah di sini baru-baru ini.

Aishah adalah antara pembeli bertuah apartment perkhidmatan 99 Legend yang dibangunkan oleh JL99 Group.

Apartment eksklusif, premium dan mampu milik ini berkonsepkan pembangunan bercampur yang terdiri daripada menara kediaman, peruncitan, pejabat, suite, hab pendidikan, sky lounge restaurant dan sky bar.

Mengulas mengenai kemenangannyq Aishah berkata, dia memenangi sebuah Perodua Myvi.

Aishah Elizabeth Butod
Aishah Elizabeth Butod

“Saya memang meminati produk dihasilkan JL99 kerana kualiti dan kemudahan ditawarkan, selain paras harga yang amat munasabah.

“Tak sangka pembelian ini diiringi tuah yang amat menggembirakan kami sekeluarga.

Sementara itu, pengasas dan Pengerusi Eksekutif JL99 Group, Datuk Seri Jeff B K Lee berkata, 99 Legend ialah fasa kedua di bawah projek JL Legacity yang terdiri daripada 1,214 apartment perkhidmatan setinggi 57 tingkat.

Jeff B K Lee bersama model binaan bangunan 99 Legend - gambar JL99
Jeff B K Lee bersama model binaan bangunan 99 Legend - gambar JL99

Menurut beliau, projek berkenaan dibangunkan di atas kawasan seluas 1.68 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM729 juta.

“Projek 99 Legend ini dilengkapi dengan 55 jenis kemudahan premium dan mewah pada harga yang berpatutanni. Terdapat 2 kolam renang (pantai jerung ikonik di aras 11 dan kolam infiniti eksklusif dengan pemandangan KLCC di aras langit), bilik wayang eksklusif, tapak glamping alam semulajadi, gimnasium mewah, golf putting green di tepi pantai dan banyak lagi.

“Dengan konsep eksklusiviti yang berpatutan, 99 Legend menyediakan ciri khas dan berteknologi tinggi untuk kehidupan selesa penduduk seperti
pengecaman tempat lesen, butang lif tanpa sentuh, ruang pengecas EV, penapis air berpusat dan bilik penghantaran tanpa sentuhan,” katanya.

Getaran diberitahu, pembeli Bumiputera akan menikmati insentif istimewa daripada enam hingga lapan peratus. 

“Setiap unit pangsapuri perkhidmatan dilengkapi dengan dua hingga empat bilik tidur dan dua hingga tiga tempat letak kereta.

“Pada masa ini, kerja-kerja cerucuk telah mencapai lebih 60 peratus dan dianggarkan siap menjelang Disember 2023. Selepas itu, kerja-kerja
pembinaan akan mengambil masa 40 bulan lagi untuk disiapkan,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Jejambat JL99 Dibuka Secara Rasmi, Kemudahan Eksklusif Untuk Penghuni 99 Residence

2

Ekonomi 9 bulan yang lalu

99 Legend Pahat Kukuh Nama JL99, Guna Teknologi Canggih Bertaraf Antarabangsa

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 22 jam yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad