web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OPR Kekal 3.0 Peratus: Keputusan Dibuat Bebas Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak - Fahmi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:00PM

OPR pada tiga peratus seperti yang diumumkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dibuat dengan bebas tanpa tekanan daripada kerajaan atau mana-mana pihak. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus seperti yang diumumkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dibuat dengan bebas tanpa tekanan daripada kerajaan atau mana-mana pihak.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata malah ia adalah berdasarkan kepada faktor pertumbuhan ekonomi negara yang baik ketika ini selain kadar inflasi yang menunjukkan trend penurunan dan jumlah guna tenaga dalam pasaran kerja yang hampir penuh.

“Selain itu, negara juga dalam keadaan berdaya saing tinggi iaitu yang kedua terbaik selepas Singapura di rantau Asia Tenggara. Jadi, bila kita teliti kenyataan BNM, itu antara faktor yang membuatkan Jawatankuasa Dasar Monetari mengekalkan OPR,” katanya.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian kepada pemberita selepas  merasmikan  program Kita MADANI peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

MPC Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan mengekalkan OPR pada 3.0 peratus iaitu selaras dengan perkembangan ekonomi global serta kadar inflasi di Malaysia yang menunjukkan trend penurunan dan kekal stabil.

Kementerian Kewangan (MOF) pula menjelaskan meskipun tinjauan ekonomi global dipengaruhi risiko pertumbuhan global menjadi lebih perlahan namun, kerajaan yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang tahun ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) supaya lebih proaktif mengadakan libat urus dengan orang ramai untuk menjelaskan kesan sebarang keputusan membabitkan OPR.

“Saya telah meminta agar ABM dan AIBIM untuk memberikan penjelasan sewajarnya sekiranya rakyat menghadapi masalah contohnya akibat daripada peningkatan OPR...kita baru keluar daripada pandemik COVID-19, dan saya percaya pihak bank faham.

...dalam tempoh moratorium sebelum ini dan selepas itu pasca pandemik, memang masih ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan sudah pasti pihak bank bersedia membantu...kita juga alu-alukan usaha proaktif bank membantu rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang