web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Fiskal Kerajaan, Belanjawan 2023 Buahkan Hasil, Pertumbuhan Ekonomi Memberangsangkan - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 7:00AM

Dasar fiskal kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah membuahkan hasil, meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang diwarisi sejak pertukaran tampuk pentadbiran negara pada November tahun lalu. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petunjuk awal indikator ekonomi memperlihatkan bahawa dasar fiskal kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah membuahkan hasil, meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang diwarisi sejak pertukaran tampuk pentadbiran negara pada November tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah mencapai pertumbuhan Suku Pertama (S1) 2023 yang memberangsangkan sebanyak 5.6 peratus, berbanding unjuran 2023 iaitu empat hingga lima peratus dan berjaya mengurangkan kadar pengangguran kepada 3.5 peratus berbanding 5.2 peratus pada Mei 2020.

Menurut beliau, pelaburan yang diluluskan pada S1 tahun ini mencecah RM71 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 60 peratus daripada RM45 bilion pada S1 2022. 

“Ini disokong oleh minat pelaburan yang tinggi daripada, antaranya, Amazon Web Services, Tesla EV, Geely / Proton Automotive City di Tanjung Malim dan Ronsheng Petrochemicals di Pengerang.

“Pengesahan penarafan kredit oleh Fitch dan Moody's masing-masing pada Februari dan April tahun ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap iltizam kerajaan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi, walaupaun di tengah-tengah situasi global yang sangat mencabar,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian selepas mengadakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi di Putrajaya, semalam.

Dialog berkenaan membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuh pemacuan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan domestik.

Turut hadir ialah wakil Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) serta barisan bank terkemuka negara.

Menerusi sidang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan sekali lagi menekankan komitmen kerajaan untuk memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan, memulihkan keyakinan terhadap institusi awam dan tatakelola serta mempertegak keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan visi Malaysia Madani.

Kerajaan jelas beliau, telah mengambil pelbagai langkah untuk memangkin dan menarik pelaburan berkualiti tinggi yang akan menghasilkan hubungan dengan usahawan tempatan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. 

“Ini termasuk langkah Belanjawan 2023 untuk menyokong Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), khususnya melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan dan jaminan bernilai RM40 bilion.

"Kerajaan komited untuk meningkatkan lagi untuk mempermudah aktiviti perniagaan dan menyokong pelaburan langsung domestik," katanya.

Jelas Perdana Menteri, Kabinet juga telah menumpukan usaha untuk mempercepat pelaksanaan proiek kerajaan dan memudahkan kelulusan bagi aktiviti perniagaan, antaranya permohonan berkenaan ekspatriat yang berkemahiran untuk terus menggalakkan pertumbuhan domestik.

“Dasar dan keutamaan ekonomi di bawah Kerajaan Perpaduan akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023). 

“Oleh itu, saya menjemput kumpulan perniagaan untuk mengemukakan input dan cadangan berhubung rancangan ekonomi yang bakal dibentangkan ini,” katanya.

Orang ramai jelas Anwar, turut dipelawa berkongsi cadangan berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan lagi ekonomi negara melalui segmen "Suarakan Pendapat Anda" di laman web rasmi Kementerian Kewangan www.mof.gov.my. - Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 18 minit yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 5 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 6 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

3

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

4

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

5

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry