web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kartunis Terkenal Aie Meninggal Dunia

Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000. Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri 'Abe' dan 'Aku Hidup Dalam Blues.'

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 12:00PM

Allahyarham Aie bersama Ujang. Gambar: Laman Facebook Ujang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kartunis Shaari Sulong atau Aie yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia di kediamannya di Banting awal pagi tadi pada usia 49 tahun awal pagi ini.

Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.

"Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas, kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada 2019, sejak COVID-19 saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000.

Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri 'Abe' dan 'Aku Hidup Dalam Blues.' Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Áku dan Sesuatu’ serta 'Blues Untuk Aku'.

Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini. - Bernama

Gambar: Laman Facebook Koleksi Lawak Lambok
Gambar: Laman Facebook Koleksi Lawak Lambok

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN