web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku : The Weight of Our Sky

Asrul Han mengupas kisah menarik Melati lewat karya Hana Alkaf yang bertajuk 'The Weight of Our Sky'.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 2:30PM

oleh

Asrul Han

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Genre ‘young adult’ atau pembaca pra-dewasa lazimnya mengandungi unsur percintaan, misteri dan fantasi, namun The Weight of Our Sky melangkaui kebiasaan ini. Novel ini lebih gelap dan mengisahkan tentang Melati, seorang penghidap penyakit OCD (obsessive compulsive disorder) yang terperangkap dalam situasi rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969.

Membaca novel terbitan 2019 ini, tidak hairanlah mengapa ia telah memenangi beberapa anugerah beprestij, termasuk Freeman Book Award dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat. Novel ini mengangkat beberapa tema penting yang membuatkannya satu bacaan yang amat relevan, khususnya untuk rakyat Malaysia pada ketika ini.

Antaranya adalah tema penyakit mental yang disalahertikan sebagai rasukan hantu, dan juga tema konflik antara kaum yang dinyalakan oleh golongan berkepentingan yang kecil, namun yang menjadi mangsa adalah rakyat kebanyakan.

Melati dijaga ibunya -seorang jururawat yang juga seorang ibu tunggal. Kehilangan mengejut bapa Melati pada tahun sebelumnya semasa menjalankan tugas sebagai pegawai polis ternyata mencipta trauma kepada Melati yang kemudian tumbuh menjadi penyakit OCD.

Melati sentiasa dibelenggu bayangan ibunya mati dalam pelbagai cara dan ini secara tidak langsung melambangkan ketakutan Melati untuk kehilangan seorang lagi insan tersayang dari hidupnya. Unsur mistik diselitkan dalam pengalaman Melati melawan "suara" OCD beliau.

Obsesi untuk mengatur setiap tapak dan susunan di sekitar beliau dimanifestasi sebagai suara seekor jin yang sentiasa mengugut Melati dengan kematian ibunya jika beliau tidak patuh pada obsesinya itu. Unsur saspens dan sedih dominan di dalam novel ini.

Plot utama novel ini adalah pengembaraan penuh dugaan Melati dalam mencari ibunya setelah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Melati menghadapi pelbagai cabaran hebat di setiap tempat pencariannya namun tidak pernah berputus asa.

Latarbelakang keganasan yang berlaku semasa tragedi 13 Mei disebalik pencarian Melati diperihalkan secara grafik dan menakutkan. Selain itu, ditunjukkan bagaimana bahayanya mob psikologi massa dalam menyemarakkan api konflik antara kaum dengan mengaburi identiti unik dan kompleks setiap individu dan hanya menampakkan kaumnya.

Hana Alkaf juga memaparkan dinamik perhubungan rapat antara Melati dan Vince, seorang gadis Serani dan seorang lelaki Cina yang menggambarkan hubungan normal diantara dua individu tanpa mengira kaum, disebalik latarbelakang kekecohan konflik perkauman di Kuala Lumpur pada masa itu.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Peribahasa ini banyak diulang dalam novel ini dan tajuk buku ini juga diterjemahkan dari bahagian akhir peribahasa tersebut.

Menerusi buku ini, penulis menyampaikan maksud tersirat yang mencetus inspirasi: walaupun kita perlu hidup mengikut aturan langit yang dijunjung di atas kita, dengan masa dan secara kolektif kita juga berperanan mencipta dan mengolah langit tersebut.

Disebalik drama dan tragedi, buku ini akan memberikan semangat dan iktibar kepada pembaca, khususnya pembaca muda yang bakal memainkan peranan dalam membentuk masa depan negara. - Getaran 3 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Ulasan Filem : Meg 2: The Trench (2023)

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...