web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Filem : Meg 2: The Trench (2023)

Meg 2: The Trench yang merupakan sekuel dari The Meg (2018) tampil lebih banyak aksi, namun tiada kejutan berbisa

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 5:02PM

Watak Meiying lakonan Sophia Cai agak mengganggu dan banyak menyusahkan orang sekeliling - gambar Warner Bros.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Meg 2: The Trench’ ialah sekuel kepada filem blockbuster musim panas 2018 yang berjaya  mencatatkan kutipan lebih AS$530 juta di seluruh dunia. Jika anda penggemar filem penuh aksi, khususnya peminat Jason Statham, nah ini adalah filem yang patut ditonton. Sebab apa? Sebab lelaki ini tidak pernah mengecewakan. 

Selain Statham, filem ini masih menampilkan bintang-bintang terdahulu seperti Sophia Cai, Page Kennedy, dan juga Cliff Curtis, dan kini ada pelakon asal Beijing, Wu Jing sebagai muka baharu. Gandingannya bersama Statham dilihat cukup serasi kerana mereka saling melengkapi. Masing-masing juga punya karisma yang mampu mencuri perhatian penonton. Maklumlah, Wu Jing juga pelakon hebat. Dia mahir dalam seni mempertahan diri, dan ini sudah pasti membuatkannya beraksi tanpa kekok. 

Wu Jing juga mahir dalam seni mempertahankan diri dan tidak kekok beraksi - gambar Warner Bros.
Wu Jing juga mahir dalam seni mempertahankan diri dan tidak kekok beraksi - gambar Warner Bros.

Jika dibuat perbandingan dengan filem pertama, kali ini penonton akan dihidangkan dengan lebih banyak aksi yang mendebarkan. Ini kerana bukan seekor Megalodon yang menyerang manusia, tetapi ada tiga ekor, malah lebih mencemaskan ketika adegan di dalam laut pada kedalaman lebih 25,000 kaki.

Namun, bagi penulis tiada elemen ‘wow’ atau kejutan berbisa. Memang benar Meg atau Megalodon itu dipertontonkan dengan hebat, namun jalan ceritanya mampu diduga apabila tiba ke pertengahan jalan. Meg adalah mangsa manusia yang tamak. Ia terlepas apabila manusia meruntuhkan ‘trench’ yang memisahkan habitatnya dengan kehidupan manusia.

Selain itu, penulis agak terganggu dengan watak Meiying lakonan Sophia Chai yang semakin dewasa. Dia adalah watak ‘pengganggu’ yang menyusahkan orang di sekeliling. Mungkin ia bertujuan untuk menyuntik mesej kekeluargaan, namun nampaknya ia tidak menjentik hati penulis. 

Ada beberapa babak yang terlihat kurang realistik - gambar Warner Bros.
Ada beberapa babak yang terlihat kurang realistik - gambar Warner Bros.

Bagaimana pula dengan kesan visual (VFX)? Sebagai sebuah filem yang mempertaruhkan spesis haiwan yang sepatutnya sudah pupus, Meg 2 boleh dikatakan berjaya menghidupkan haiwan ini. Namun, ia tidaklah sempurna! Ada beberapa babak yang terlihat kurang realistik atau bahasa kasarnya, nampak kartun! 

Namun, pujian harus diberikan kepada seluruh produksi yang bertungkus-lumus menyiapkan filem ini. Meg 2 : The Trench dirakam di Thailand dan disudahkan di Warner Bros. Studios Leavesden.

Fun Island menggunakan tempat pesta pantai Paradise Beach di Phuket, yang memiliki pantai yang indah, berlatar belakangkan hutan menghijau. Pasukan reka bentuk membina elemen penting seperti jeti dan restoran untuk mencipta destinasi resort percutian mewah.

Ini adalah filem yang wajib ditonton oleh peminat Jason Statham - gambar Warner Bros.
Ini adalah filem yang wajib ditonton oleh peminat Jason Statham - gambar Warner Bros.

Pasukan produksi turut membina studio mereka sendiri di tempat letak kereta, yang berfungsi bukan sahaja sebagai tempat untuk meletakkan pakaian dan alatan produksi, tetapi juga sebagai lokasi penggambaran untuk urutan aksi yang rumit dalam kabana. 

Satu lagi fakta menarik ialah, untuk penggambaran di atas air, ia melibatkan kira-kira 40 bot dan lebih daripada 200 krew produksi. Pihak produksi menggunakan hotel berhampiran Paradise Beach yang mempunyai jetinya sendiri, di mana krew dan bot dapat dilepaskan tepat pada masanya. 

Meg 2: The Trench (2023) mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini, 3 Ogos 2023. – Getaran, 3 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

The First Omen Merungkai Kelahiran Dajjal

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Famous' Sungguh Durian, Mampu Pikat Tom And Jerry!

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Akan Review Makanan Walaupun Berbayar' - Michael Ang Jelaskan Dia Tidak Mahu Menipu Pengikut Medsos

4

TARA 4 tahun yang lalu

Kehebatan Tab Persis Komputer Riba

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang