Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


The First Omen Merungkai Kelahiran Dajjal

Filem seram dengan nuansa keagamaan ini menceritakan tentang kedatangan makhluk umpama Dajjal atau ‘Anti-Christ’ dari sudut pandangan agama Kristian.

Filem & TV Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 8:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat peminat tegar filem seram dan juga filem berkonsep misteri keagamaan barat, filem-filem terdahulu seperti The lExorcist, The Omen dan seumpamanya pasti masuk dalam senarai filem kesukaan anda.

Ini sama sekali tidak menghairankan, kerana filem-filem sedemikian kerap mempunyai hubungan dengan dunia nyata yang suka mencabar kepercayaan manusia.

Terbaharu menemui peminat layar lebar adalah filem berjudul, The First Omen yang merupakan prekuel kepada filem asal The Omen, yang pernah mencuri perhatian penonton pawagam dunia pada 1976.

Filem garapan Hollywood itu merupakan filem seram dengan nuansa keagamaan yang menceritakan tentang kedatangan makhluk umpama Dajjal atau Anti-Christ dari sudut pandangan agama Kristian. 

Hampir 40 tahun kemudian selepas filem asal The Omen, para pemain dunia Hollywood mengambil keputusan untuk menerbitkan versi prekuel filem tersebut dengan nama The First Omen.

Jika alur cerita filem The Omen tahun 1976 mengisahkan kelahiran dan kehidupan seorang anak lelaki bernama Damien, iaitu watak Dajjal yang dimaksudkan tadi, filem The First Omen pula merungkai kisah bagaimana dia dilahirkan dan siapa yang melahirkannya.

Ia berpaksi pada watak utama filem iatu seorang rahib dari Amerika Syarikat bernama Margaret Daino yang terbang ke Rom, Itali untuk mengangkat sumpah sebelum menjadi seorang rahib rasmi. Dia diundang oleh seorang ketua paderi iaitu Cardinal Lawrence yang pernah membantunya sewaktu kecil. 

Seperti biasa, majoriti filem dengan konsep sebegini berkisar pengamal agama Kristian Katolik dan misteri-misteri negatif di sebalik komuniti gereja Katolik dunia.

Premis filem menggunakan latar belakang kota Rom di Itali pada 1971, sewaktu dunia barat khasnya Eropah menyaksikan kebangkitan ideologi sekularisme serta penolakan konsep Tuhan dan agama.

Majoriti masyarakat ketika itu dikatakan tidak lagi merujuk kepada gereja untuk urusan dunia dan ini membimbangkan pihak gereja, khasnya para pemimpin agama tersebut yang berpusat di Bandar Raya Vatican, di Rom.

Lantas, sekumpulan pemimpin gereja yang dianggap ‘berhaluan kiri’ bertindak secara ekstrem dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang melampau demi mengembalikan penganut Kristian kembali ke gereja. 

Langkah terlampau yang dimaksudkan tersebut adalah untuk cuba memenuhi ramalan kitab mereka demi ‘melahirkan’ seorang Dajjal yang bakal menyesatkan dan menggugat keselamatan dunia. 

Para pemimpin gereja ini percaya, jika Dajjal ini muncul di dunia tika itu dan melakukan perkara-perkara jahat yang diramal oleh kitab mereka, penduduk dunia khasnya penganut Kristian akan mempercayai kedatangan tanda kemusnahan ini dan kembali kepada gereja dan Tuhan dalam meminta perlindungan serta secara tak langsung memulihkan kembali kepercayaan serta keimanan mereka terhadap apa yang diajar dalam kitab suci mereka.

Semestinya, jalan ceritanya sahaja mampu mengundang kontroversi kerana ia pasti menyinggung banyak pihak, terutama penganut dan juga pemimpin agama Katolik khasnya. 

Filem ini berpeluang menunjukkan beberapa sisi gelap lain gereja Katolik dan rumah-rumah serta sekolah-sekolah anak yatim di bawah kelolaan mereka. Perkara-perkara yang kerap didedahkan dalam media massa tentang dunia gelap gereja Katolik  yang sering disembunyikan ada diselitkan antara sela-sela filem ini. 

Jadi penonton haruslah mempunyai minda terbuka dan sedari bahawa ini hanyalah sebuah filem untuk tujuan hiburan semata-mata.

Dengan lakonan hebat bintang-bintang berbakat seperti Nell Tiger Free, Tawfeek Barhom, Sônia Braga, Ralph Ineson, dan Bill Nighy, filem ini berjaya mewujudkan suasana seram yang dicari peminat filem sedemikian. 

Ditambah pula dengan runut bunyi dan kesan visual yang sangat mendalam, The First Omen sememangnya mampu membuat peminat genre ini terpaku di tempat duduk masing-masing hingga ke akhir cerita.

The First Omen boleh ditonton di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 5 April lalu. - Getaran, 7 April 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 8 bulan yang lalu

'Famous' Sungguh Durian, Mampu Pikat Tom And Jerry!

2

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Ulasan Filem : Meg 2: The Trench (2023)

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Minggu Ini Bersama Syafiq Kyle

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Irul: Ghost Hotel', Filem Seram Yang Tak Cukup Menyeramkan

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 11 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran