Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

Ekonomi Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 9:04PM

Muhammad Sanusi Md. Nor (tengah, belakang) menyaksikan pemeteraian MoU antara PKB dengan RETD diwakili Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing iaiyu Mohd. Azad Jasmi (kiri) dan Lee Chang Wook - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengorak langkah untuk mewujudkan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dengan menggunakan teknologi terkini.

Usaha ke arah itu dimulakan dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Korea Selatan, Royal Eco Train Development (RETD) dan anak syarikat kerajaan (GLC) negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Pengerusi Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, pembinaan LRT itu nanti bakal menggunakan teknologi levitasi magnet (Maglev) dan Pembangunan Berorientasikan Transi (TOD).

Bagaimanapun katanya, segala perancangan itu masih di peringkat awal dan jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak ini adalah untuk membentuk satu kajian menyeluruh mengenai potensi pembangunan di Langkawi.  

"Secara keseluruhannya, usaha ini akan membawa kepada satu kajian menyeluruh oleh RETD tentang potensi pembangunan infrastruktur di Langkawi. Kajian akan dijalankan dan dibentangkan kepada kerajaan negeri, sebelum kita melihat sejauh mana kerjasama ini boleh direalisasikan. 

"Ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan ekonomi negeri seperti digagaskan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor iaitu Pelan Pembangunan Kedah 2035. Selain pembangunan sistem pengangkutan itu, akan dibangunkan juga pusat komersial di stesen-stesen transitnya. 

"Dalam masa sama, hub pembangunan komersial akan turut dibangunkan. Mungkin dalam tempoh tiga hingga enam bulan, kita akan dapat gambaran menyeluruh tentang potensi yang ada di Langkawi," katanya. 

Dr. Haim Hilman Abdullah (kanan) dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini - gambar Rafisqi Radhi
Dr. Haim Hilman Abdullah (kanan) dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Beliau berkata demikian dalam sidang akbar selepas pemeteraian MOU tersebut yang turut disaksikan Muhammad Sanusi di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 

Haim bagaimanapun tidak menyebut bila projek tersebut akan dilaksanakan namun beliau memaklumkan, kerajaan negeri akan terlebih dulu menilai hasil dapatan kajian dijalankan RETD dan akan berkongsi perkara itu kepada umum apabila tiba waktunya. 

"Apabila dapat kertas kerjanya nanti, kita akan perincikan. Hasil MoU ini sangat penting kerana akan menjadi pendekatan secara formal terhadap perbincangan serta komitmen kedua-dua pihak.

"Pada dasarnya kita merancang untuk membangunkan perkhidmatan ini dari Terminal Feri Kuah ke Pantai Chenang. Ia akan dilaksanakan secara berfasa sebelum dikembangkan ke destinasi pelancongan lain yang terdapat di Langkawi agar kita dapat memiliki rangkaian pengangkutan terbaik di Asia atau dunia," katanya. 

Sementara itu Haim berkata, projek-projek itu akan membawa impak positif kepada Langkawi dan Kedah secara keseluruhan kerana menggunakan teknologi terkini, selain memastikan keindahan serta kehijauan pulau legenda itu terpelihara. 

"Kita nak ada bandaraya berkembar twin city dengan Incheon di Korea dan membawa teknologi digunakan di sana seperti smart city. 

"Kita sama-sama pelajari dan berkongsi kepakaran. Mungkin kita dapat membentuk kepakaran Korea menjadi versi Malaysia dalam konteks menyantuni alam sekitar dengan cara terbaik," katanya. - Getaran, 29 April 2024.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar