Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Blood Free, Unmasked, The Tyrant dan Gangnam B-Side antara judul terbaharu di dalam koleksi program Disney+ Hotstar tahun ini

Filem & TV Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 8:18AM

Aktres Kim Hyesoo memegang watak utama dalam Unmasked. gambar Disney+ Hotstar 

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun lalu, siri asal Korea Selatan yang dibawakan oleh Disney+ Hostar mendapat sambutan yang luar biasa. Malah, Big Bet dan Moving menerima pelbagai anugerah antarabangsa. Sehingga kini, Moving masih meraih tontonan tertinggi. 

Pada Selasa, Disney+ Hotstar mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan momentum kejayaan itu dengan menawarkan koleksi program dari Korea Selatan yang mengujakan sepanjang tahun ini.

Pengumuman itu turut mendedahkan beberapa judul baharu iaitu Blood Free, Unmasked, The Tyrant, Gangnam B-Side dan The Zone: Survival Mission – Musim 3.

Tidak ketinggalan Uncle Samsik dan Light Shop, tajuk terbaharu daripada Kangfull, yang juga penerbit projek Moving.

Antara adegan dalam Blood Free yang dibintangi Ju Jihoon dan Han Hyojoo.
Antara adegan dalam Blood Free yang dibintangi Ju Jihoon dan Han Hyojoo.

Naib Presiden Eksekutif, Unit Strategi Kandungan Original, The Walt Disney Company, APAC, Carol Choi berkata: “Koleksi program original Korea kami yang diumumkan hari ini akan meneruskan momentum dan kejayaan program APAC kami pada tahun lalu.

“Kami akan terus mengembangkan aspirasi kreatif kami dengan koleksi original APAC kami yang mengutamakan penceritaan berkualiti dan bakat-bakat terbaik, dengan kerjasama pencerita yang tersohor di rantau ini”.

Selain berkongsi imej untuk tujuan promosi program terbabit terbaharu itu,  pengumuman itu juga menampilkan sinopsis ringkas untuk mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Jom ikuti sinopsis setiap tajuk berikut: 

1. Blood Free:

Blood Free yang dibintangi Ju Jihoon (Kingdom) dan Han Hyojoo (Moving) mengisahkan seorang bekas pengawal peribadi yang dihantui kegagalan masa lalunya. Selepas mengharungi satu insiden, dia akhirnya direkrut untuk melindungi CEO sebuah syarikat daging kejuruteraan genetik yang kontroversi. Plot cerita bertambah rancak apabila CEO itu juga adalah survivor satu serangan sama yang telah mengubah nasib watak protagonis itu.

Salah satu babak dalam Gangnam B-Side.
Salah satu babak dalam Gangnam B-Side.

2. Unmasked

Berlatarbelakangkan Seoul moden, Unmasked mengikuti sekumpulan wartawan penyiasat yang terpaksa berjuang mempertahankan kerjaya mereka selepas menyiarkan satu kisah penuh kontroversi. Dengan masa semakin suntuk, pasukan itu diberi satu tugasan mencabar untuk menyelamatkan kerjaya mereka. Mampukah mereka menyelesaikan satu kes berusia 20 tahun, membabitkan seorang pelakon terkenal yang hilang tanpa jejak? Dibintangi oleh Kim Hyesoo (Under The Queen’s Umbrella).

3. The Tyrant

The Tyrant berkisar mengenai seorang ejen kerajaan Amerika Syarikat yang berusaha merampas semula virus berbahaya yang dicuri daripada kerajaan Korea Selatan. Di tengah-tengah misi getir itu, saksikan bagaimana agensi perisikan global memerangi kuasa jahat untuk menghalang virus merebak ke seluruh dunia.

Light Shop
Light Shop

4. Gangnam B-Side:

Drama bersiri jenayah ini mengisahkan seorang detektif terpinggir yang diheret semula ke kerja siasat selepas anak perempuannya hilang. Susulan insiden itu, yang membabitkan ramai wanita lain yang hilang di kawasan Gangnam, detektif itu turun kembali ke dunia maksiat, dadah dan rasuah bagi membongkar satu agenda yang berniat menjatuhkan golongan elit-elit terkaya di bandar itu.

5. The Zone: Survival Mission – Musim 3

Program aneka ragam Disney+ Korea Selatan ini yang kembali untuk musim ke-3 juga membawa kembali hos Kwon Yuri dan Yoo Jaesuk, yang kali ini disertai dua hos baharu — Kim Donghyun (bekas bintang UFC) dan Dex (personaliti Youtube). Bersama-sama, mereka berempat akan mengharungi detik-detik yang lebih mendebarkan berbanding musim dahulu, tatkala mereka berhempas pulas menyelesaikan pelbagai misi yang semakin kompleks.

Antara waktak utama dalam Uncle Samsik.
Antara waktak utama dalam Uncle Samsik.

6. Uncle Samsik

Dibintangi Song Kangho (Parasite) dan Byun Yohan (Mr. Sunshine), Uncle Samsik adalah sebuah drama kemasyarakatan yang berlatarkan Korea pada era 1960-an. Ia mengisahkan seorang ahli politik yang idealistik, serta seorang pembantu politik misteri, dikenali sebagai Uncle Samsik yang beraksi di belakang tabir. Saksikan bagaimana pasangan itu bekerjasama untuk mengubah Korea pasca perang yang miskin kepada negara makmur, di mana semua rakyat mampu makan tiga kali sehari.

7. Light Shop

Dibintangi oleh Ju Jihoon (Kingdom), Lee Jungeun (Parasite), Park Boyung (Oh My Ghost), dan Bae Seongwoo (Veteran), Light Shop diadaptasi daripada siri kartun internet popular dengan tajuk sama. Ia mengikuti perjalanan sekumpulan orang yang saling tidak mengenali, yang masing-masing sukar berdamai dengan trauma lampau. Tatkala menjalani kehidupan harian seperti biasa, setiap watak itu secara misteri tertarik ke satu kedai lampu yang terletak di hujung lorong yang gelap. Kedai itu dijaga oleh seorang penjaga yang teliti dan menyimpan kunci kepada masa lalu, masa kini dan masa hadapan semua watak itu. – Getaran, 22 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Son, Bintang Spurs Puji Daya Juang, Kreativiti Harimau Malaya

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran