web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Famous' Sungguh Durian, Mampu Pikat Tom And Jerry!

Dengan tajuk “What's That Smell?”, Cartoon Network Asia memaparkan episode Tom dan Jerry berkenaan raja buah ini

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 9:26AM

Durian dipaparkan dalam episod terbaru animasi Tom and Jerry

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia sememangnya bertuah kerana memiliki tanah dan struktur muka bumi yang amat sesuai untuk penanaman durian. Raja buah dengan fizikal berduri serta bau yang kuat ini mempunyai pelbagai jenis atau gred, dan hasilnya juga bergantung mengikut musim.

Durian sering dipaparkan sebagai objek iklan, drama, filem dan seumpamanya. Baru-baru ini, sedang asyik penulis mencari dokumentari tentang durian di platform Youtube, terlihat siri animasi ‘Tom and Jerry’ yang menceritakan tentang durian.

Dengan tajuk “What's That Smell?”, Cartoon Network Asia telah menerbitkan siri atau episod baharu, menceritakan pengembaraan watak ikonik  kucing dan tikus ini di Singapura, melawat kawasan perumahan serta bangunan pencakar langit.

Kartun yang menjadi nostalgia kepada kanak-kanak yang lahir antara era 80an hingga 90an ini memperlihatkan mereka berdua sudah pun bergaduh pada episod pertama. Ini kerana Tom sangat menggemari durian, manakala Jerry sebaliknya tidak gemar bahkan tidak dapat menahan bau buah itu yang begitu kuat.

Tom sangat menggemari durian sebaliknya Jerry tidak gemar bahkan tidak dapat menahan bau durian
Tom sangat menggemari durian sebaliknya Jerry tidak gemar bahkan tidak dapat menahan bau durian

Karakter ini secara tidak langsung memperlihatkan persamaan dalam dunia realiti yang merujuk kepada individu yang tidak makan durian. Ada yang kata buah durian ini baunya busuk namun penulis lebih suka untuk menggambarkan bau tersebut sebenarnya sebagai ‘kuat dan pekat’. 

Jerry yang tidak pernah mengetahui bagaimana rasa sebenar durian ini secara tidak sengaja telah termakan sedikit daripada isi durian tersebut
Jerry yang tidak pernah mengetahui bagaimana rasa sebenar durian ini secara tidak sengaja telah termakan sedikit daripada isi durian tersebut

Apa yang menariknya di dalam episod ini, Jerry yang tidak pernah mengetahui bagaimana rasa sebenar durian ini secara tidak sengaja telah termakan sedikit daripada isi durian tersebut. Pada awalnya Jerry tidak dapat menahan bau sehingga pengsan namun setelah mencubanya, tikus ini mula menunjukkan rasa suka terhadap durian.

Siri terbaru ini akan mempunyai 7 episod kesemuanya dengan 6 lagi episod akan diumumkan tarikh tayangannya dan penonton boleh menontonnya di saluran YouTube Cartoon Network Asia secara percuma. Ia juga disiarkan di saluran Cartoon Network di Astro (Ch 615) dan HBO Go. 

Jadi ini menunjukkan buah kegemaran Malaysia ini sedikit sebanyak telah disebarkan dan dipromosikan dalam bentuk kartun. Suka untuk diingatkan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga kerana negara kita ini merupakan antara pengeluar durian yang terbesar di Asia. - Getaran, 19 Ogos 2023

Sumber/Foto: Saluran Youtube: Cartoon Network Asia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

The First Omen Merungkai Kelahiran Dajjal

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Ulasan Filem : Meg 2: The Trench (2023)

3

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Minggu Ini Bersama Syafiq Kyle

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang