Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kehebatan Tab Persis Komputer Riba

Penulis kami berpeluang mencuba Tab terbaharu keluaran Samsung dan memberikan pandangan jujurnya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Samsung sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan sebuah lagi produk Tablet atau Tab yang mempunyai spesifikasi canggih yang dipanggil Galaxy Tab S8 Ultra. 

Diumumkan Februari lepas, produk ini mendapat banyak respons terutama dari sudut reka bentuknya. 

Ini kerana saiznya merupakan paparan layar terbesar yang pernah dihasilkan oleh Samsung sepanjang pengeluaran siri Tab mereka.

Mari kita lihat ulasan penulis tentang Samsung Galaxy Tab S8 Ultra dalam segmen Teknovasi kali ini.

Skrin yang dipasangkan pada model ini memiliki paparan sebesar 37cm dengan ukuran 326.4 x 208.6 x 5.5mm. Jika dilihat dari mata kasar, saiznya agak besar dan berat walaupun mempunyai ketebalan yang nipis serta berbentuk segi empat tepat. 

Menggunakan skrin jenis Super AMOLED, sistem kadar segar semulanya adalah sebanyak 120Hz. 

Salah satu kelebihan model ini ialah mampu memuat turun pelbagai aplikasi dengan jumlah yang lebih banyak kerana ruang paparan yang disediakan sangat besar. 

Namun, pada pendapat penulis Samsung sepatutnya meningkatkan lagi jumlah sistem kadar segar semula untuk sebuah Tab sebesar ini. 

Ini kerana kelancaran ketika meleretkan skrin tersebut kadang tersekat-sekat jika ruangannya telah dipenuhi dengan aplikasi yang menggunakan data yang tinggi dan berat.

Beralih pula pada struktur sistem dalamannya, model ini menggunakan sistem Android yang terkini iaitu Android 12 One UI 4.1. 

Selain itu ia menggunakan chipset Snapdragon 8 Gen 1 (4nm) untuk menampung dan menyokong kekuatan penggunaan sistem teknologi yang dibina pada peranti ini. 

Jadi sudah tentu tiada masalah untuk pengguna yang gemar bermain permainan dalam talian seperti PUBG atau melakukan kerja-kerja suntingan video. 

Satu lagi kelebihan pada model ini adalah baterinya kerana ia mempunyai kuasa sebanyak 11,200mAh jenis Li-Po dan itu merupakan kadar kuasa yang agak tinggi. 

Bagi sistem pengecasan segeranya pula, ia memiliki aliran elektrik sehingga 45 watt. 

Walaupun ia mengambil masa selama 82 minit untuk memenuhkan tenaga bateri semula, tetapi dengan daya kuasa bateri yang ada sudah cukup untuk digunakan dalam jangka masa yang lama. 

Kameranya pula menampilkan resolusi 13MP untuk kamera utama dan 6MP bagi mod lebarnya manakala 12MP dipasangkan pada kedua-dua mod untuk bahagian kamera swafoto. 

Jadi buat penulis, prestasi kamera yang ada pada model ini hanya berada di tahap yang asas sahaja.

Untuk peranti S Pen yang disertakan sekali, ia menunjukkan kadar kelancaran dan kelembutan yang sangat selesa untuk menulis di atas skrin. 

Hal ini menjadikan ia sesuai dimanfaatkan khusus buat individu yang berkecimpung dalam dunia grafik atau lukisan digital. 

Tambahan lagi, kelainan yang dibawakan pada model kali ini, S Pen tersebut boleh disangkut dan dilekatkan pada bahagian magnet yang ada di belakang peranti. 

Ia bukan lagi disimpan di dalam badan peranti seperti Tab yang sebelumnya. 

Namun menurut pandangan penulis ia sesuatu yang tidak praktikal kerana apabila melihat kedudukan S Pen yang terlekat di magnet tersebut, penulis merasakan ia mudah tertanggal dan tercicir tanpa disedari.

Ia juga datang bersama papan kekunci mudah alih yang boleh disambungkan dan ditanggalkan dengan begitu mudah. 

Anda akan melihat Tab ini bertukar menjadi seperti sebuah komputer riba apabila peranti ini dipasangkan. 

Sehubungan dengan itu, model ini juga boleh ditukarkan kepada mod Samsung DEX, iaitu paparan desktop seperti komputer yang lain. 

Menariknya, setiap pembelian akan didatangkan dengan papan kekunci tersebut secara percuma. 

Untuk pengetahuan umum, harga bagi papan kekunci dan S Pen yang diberikan ini mencecah RM1,738 seunit. 

Dari sudut penggunaan, mungkin Samsung Tab Galaxy S8 Ultra ini lebih sesuai dimanfaatkan untuk kegunaan dalaman seperti kerja-kerja di studio atau pejabat untuk tujuan tertentu. 

Bagi penulis, jika ia dipakai untuk tujuan kerja luar, ia agak kurang sesuai kerana terlalu besar untuk dibawa dan digunakan secara santai. 

Walau bagaimanapun badan peranti ini boleh dikatakan keras dan tahan lasak. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM5,899 dengan storan 12GB + 256GB seunit.

Nantikan ulasan seterusnya berkenaan cabaran penulis kala menggunakan model ini sebagai komputer riba di edisi yang lain. - Getaran, 10 April 2022

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Semasa 4 bulan yang lalu

PDRM Umum Pertukaran 42 Pegawai Kanan

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini