Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Akan Review Makanan Walaupun Berbayar' - Michael Ang Jelaskan Dia Tidak Mahu Menipu Pengikut Medsos

Tambah Michael, dia juga tidak akan menggunakan kelebihannya statusnya sebagai seorang selebriti yang mempunyai kemahiran memasak untuk menipu orang ramai.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 8:12PM

Menurut Michael Ang (tengah), dia enggan dilihat sebagai berpura-pura mempromosikan makanan berkenaan hanya kerana sudah dibayar - Gambar TV9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak pernah sekalipun membuat ulasan berkaitan produk makanan, pengarah filem, Michael Ang menjelaskan, dia mempunyai prinsip untuk tidak menipu pengikut media sosial dengan memberi ulasan yang tidak jujur.

Menurut Michael, dia enggan dilihat sebagai berpura-pura mempromosikan makanan berkenaan hanya kerana sudah dibayar. 

“Dari dulu sampai sekarang saya takkan pernah buat review pasal makanan. Saya rasa saya boleh saya elakkan, saya elakkan. Kadang dengan pemakanan ni macam-macam boleh jadi.

“Semua video dan ulasan berkenaan makanan yang berada di media sosial saya, semuanya saya buat suka-suka sahaja. Semua makanan itu saya beli sendiri dan apabila saya rasa makanan berkenaan betul-betul sedap bagi saya baru saya buat video dan memberi ulasan. 

“Saya tidak pernah buat paid review mana-mana produk makanan dan tidak akan buat pada masa akan datang,” katanya kepada Getaran.

Jelas pemilik nama sebenar Michael Ang Hai Swee, 47, dia tidak tergamak untuk menipu orang ramai dengan memberi ulasan yang baik mengenai sesuatu produk tetapi hakikatnya ia hanyalah indah khabar dari rupa.

Tambah Michael, dia juga tidak akan menggunakan kelebihannya statusnya sebagai seorang selebriti yang mempunyai kemahiran memasak untuk menipu orang ramai.

“Sebenarnya, banyak juga pemilik produk makanan yang approach saya untuk membuat ulasan berkenaan produk dan makanan mereka, suruh saya buka restoranlah namun saya tolak semuanya.

“Bukan sebab saya tidak mahu, tapi kita manusia semuanya berbeza, cita rasa berbeza dan lidah kita pun berbeza. Jadi ada makanan yang saya rasa sedap dan mereka rasa tidak pulak. Jadi di situ, akan timbul masalah lain pula,” ujarnya.

Ketika disoal berkenaan pengalamanya sebagai juri tetap dalam rancangan ‘Dapur Tempur Ra-Ra’, Michael berkata, ianya satu program yang cukup menarik dan innovatif.

“Program ‘Dapur Tempur Ra-Ra’ ini sebenarnya satu program yang menarik di mana, setiap pasangan akan diuji kemahiran memasak mereka dengan pelbagai cabaran yang inovatif.

“Berasaskan tema yang berkonsepkan aneka juadah makanan sahur, berbuka puasa dan hidangan raya, peserta akan dinilai dari segi rasa, kreativiti serta persembahan hidangan.

“Sebagai juri tetap bagi musim ini, saya rasa kehangatan di medan pertempuran memasak dalam dapur itu, apabila setiap peserta diuji dengan pelbagai cabaran.

“Kadang-kadang, seronok juga tengok peserta memasak dalam keadaan tangan mereka diikat bersama pasangan masing-masing,” jelasnya lagi. – Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kongsi Aktiviti Anak Di Media Sosial Undang Risiko Jenayah Seksual

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Scammer Guna Media Sosial Iklan Lesen Memandu Murah, Mudah - JPJ

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 8 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah