web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Nusantara Raya 2021 Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Acara rumah terbuka Aidilfitri ini telah berjaya menyatukan lima negara Nusantara secara virtual.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 2:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan pelancaran acara rumah terbuka tahun lalu, acara Rumah Terbuka Nusantara Raya 2021 kini kembali lagi untuk menyemarakkan suasana Aidilfitri pada tahun ini. Acara ini telah diadakan oleh Siak Heritage, Dewan Kesenian Riau bersama Persatuan Penulis & Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) pada hari Ahad lalu. 

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk membendung COVID-19, acara ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Acara maya ini turut ditonton oleh publik lewat Facebook Live Siak Heritage.

Menurut Azree Ariffin selaku Pengarah Projek, “Bagi tahun ini, acara rumah terbuka dirancang dengan lebih teliti berbanding dengan tahun sebelumnya. Sehubungan itu, kami juga menggunakan teknologi yang sedia ada untuk melancarkan acara ini bagi menghimpunkan seniman serta budayawan dari seluruh Nusantara. 

“Konsep acara ini adalah replika sebuah rumah terbuka. Selain daripada mempamerkan suasana hari raya, tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan,  ucapan raya dan sebagainya.  Satu perkara yang kami tidak dapat sediakan untuk para tetamu adalah juadah raya seperti lemang dan rendang yang sentiasa digemari ramai.”  

Buat pengetahuan pembaca Getaran, acara ini diinspirasikan daripada lagu berjudul ‘Nusantara Raya’ yang seni katanya dihasilkan oleh penulis lirik lagenda S. Amin Shahab dan melodinya dicipta dan dipersembahkan oleh Tzi dari Singapura. 

Program ini telah berjaya menyatukan lima buah negara serumpun termasuklah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Sebagai persembahan pembukaan, penyanyi Singapura, Tzi telah mendendangkan lagu ‘Nusantara Raya’ sebagai tanda silaturahim antara negara serumpun. Lagu tersebut jelas mempamerkan keunikan penyatuan dalam kalangan seniman and budayawan antara negara-negara ini. 

Selain itu program ini turut disertai oleh Firdaus Ibrahim yang memperkenalkan pelbagai juadah tradisi negaranya melalui liputan langsung dari Brunei.

Persembahan pantun dan syair juga dibacakan oleh seniman kebangsaan terkenal seperti Haidzir Sham, Dr. Shafa’atussara dan lain-lain. Bagi menutup acara rumah terbuka ini, kesemua tetamu diajak untuk menyanyikan lagu ‘Nusantara Raya’ bersama secara beramai-ramai. - Getaran, 27 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...