web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rebutlah RM100,000 Menerusi Pertandingan UOB Painting of The Year!

Bukan sahaja berpeluang membawa pulang wang tunai, anda juga bakal dibawa meneroka beberapa buah negara selama sebulan dalam program residensi seni!

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 2:30PM

Antara karya para UOB Painting of The Year 2020, Sabri Idrus (kiri) dan Wong Sze Yoong (kanan)

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita ini sebenarnya ialah panggilan penting kepada semua pelukis di Malaysia. UOB Painting of the Year kini hadir sekali lagi untuk tahun ke-40 mencari bakat-bakat baru yang kreatif menerusi pertandingan berprestij di Asia Tenggara itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Encik Wong Kim Choong, seni sebenarnya sesuatu yang istimewa kerana ia memerlukan pandangan yang luas untuk menyampaikan mesej menerusi karya yang dihasilkan.

Karya Wong Ming Hao, pemenang UOB Painting of the Year (Malaysia) Gold 2020, kategori Established Artist
Karya Wong Ming Hao, pemenang UOB Painting of the Year (Malaysia) Gold 2020, kategori Established Artist

“Kami bukan sahaja membantu perniagaan menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Malah, kami juga membantu mengenal pasti dan memupuk ramai pelukis mengambil langkah pertama dalam membangunkan kerjaya seni mereka dengan memberikan peluang kepada mereka mempamerkan hasil karya kepada khalayak yang lebih luas.

“Sempena ulang tahun ke-40 pertandingan melukis serantau ini, kami akan terus mendorong generasi pelukis baru muncul dan berpengalaman untuk menghasilkan sesuatu di luar batasan imaginasi dan kreativiti mereka melalui hasil seni,” kata Wong.

Anda boleh membuat permohonan penyertaan secara atas talian sehingga 31 Julai ini. Manakala pemenang untuk anugerah berprestij ini akan diumumkan pada bulan September.

Karya Khabir Ali Bin Roslan, UOB Painting of the Year (Malaysia) Top Winner 2020, kategori Emerging Artist
Karya Khabir Ali Bin Roslan, UOB Painting of the Year (Malaysia) Top Winner 2020, kategori Emerging Artist

Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000. Bukan itu sahaja, karya tersebut juga boleh dipertandingkan di Singapura dan berpeluang sekali lagi  memenangi wang tunai berjumlah US$10,000 (RM42,000).

Pertandingan ini juga dijalankan serentak di beberapa negara asia. Pemenang untuk setiap negara akan di bawa mengikuti program residensi seni yang bakal berlangsung di Shanghai, China, Fukuoka dan Jepun selama sebulan.

Tujuannya murni iaitu membolehkan para pelukis menghayati budaya di samping memberikan lebih banyak ilham dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu. - Getaran, 6 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN