web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berkumpullah Wahai Peminat Seni, Teater Orang Bulan Sudah Mari!

Dapatkah pasangan ibu dan anak yang menetap di Bulan menerima perubahan pindah ke Bumi? Ikuti kisah mereka di teater 'Orang Bulan.'

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 8:56AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas setahun kita memperlahankan aktiviti seni dan budaya akibat pandemik COVID-19, kini semua boleh tersenyum gembira apabila satu demi satu pementasan teater sudah menemui khalayak mengikut standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Terbaharu, bakal menemui anda 29 April hingga 2 Mei ini ialah teater bertajuk Orang Bulan arahan Christopher Ling yang tidak asing lagi dalam bidang kepengarahan seni teater tanah air. 

Orang Bulan juga dipentaskan di Nevo Event Space iaitu ruang kebudayaan dan keseniaan yang baru sahaja dibuka di One Utama bagi merancakkan aktiviti seumpanya dalam kalangan masyarakat.

Teater ini mengisahkan sepasang anak beranak yang tinggal di Bulan. Si anak bekerja sebagai pelombong bahan mineral untuk Bumi manakala ibunya bekerja sebagai tukang cuci kuarters di koloni. 

Konflik bermula apabila anak beranak itu terpaksa berpindah kembali ke tempat asal mereka iaitu Bumi setelah syarikat tempat mereka bekerja ingin menggantikan tenaga manusia dengan robot. Keadaan itu menyebabkan si ibu dan anak harus berdepan dengan perubahan ini. 

Orang Bulan dibintangi oleh Dzeelfa Zainal dan Anwar Hadi sebagai watak utama. Naskah ditulis oleh Yusof Bakar. Bukan itu sahaja, lagu tema dan muzik yang bakal digunakan dalam tetaer ini dihasilkan sendiri oleh Kirthana Kuhendran. 

Teater ini bakal dipentaskan bermula Khamis setiap jam 9 malam dengan harga tiket sebanyak RM30 sahaja. Bagi mematuhi SOP, hanya 50 orang penonton sahaja dibenarkan bagi setiap sesi. Cepat dapatkan tiket anda di theatrethreesixty.com. Selamat menonton! - Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN