Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Miliki Karya Seni Idaman Anda di 1o1 styleGARAGE

Kenali 1o1 styleGARAGE, perhentian anda untuk seni lukisan mampu milik.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Apr 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

1o1 styleGARAGE yang terletak di Setia Alam, Selangor ini adalah jawapan kepada pencinta seni yang tidak mempunyai bajet besar untuk memiliki naskhah lukisan dinding yang boleh dipamerkan di ruangan umum mahupun ruangan peribadi.

Ini kerana studio yang dimiliki oleh IDr. Mohd Nizar Manaf, 44 , ini menawarkan koleksi lukisan yang boleh dikategorikan sebagai ‘mampu milik’ kerana harganya yang sangat kompetitif. Apa tidaknya, dengan harga serendah RM950, anda sudah boleh memiliki sebuah lukisan dinding berukuran 4 x 4 kaki. Manakala untuk saiz-saiz yang lebih besar, harga maksimum adalah RM4500. 

Setiap lukisan adalah sentuhan peribadi Nizar sendiri dan karya-karya yang dihasilkan terinspirasi daripada minatnya terhadap muzik dan juga fesyen. Biarpun tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang seni, namun Nizar boleh berbangga kerana lukisan-lukisannya mampu menambat hati ramai pihak. Bukan sahaja di kalangan penggemar seni, malah dia turut menjadi perhatian beberapa organisasi berkaitan seperti Malaysia Institute of Interior Design Malaysia.

Jelas Nizar, penglibatannya dalam seni lukisan dinding bermula secara kebetulan sahaja iaitu selepas dia berada dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman untuk sekian lama. 

“Memandangkan kebanyakan projek rekaan dalaman yang saya handle memerlukan lukisan dinding untuk melengkapkan rekaan,  saya mula terfikir untuk hasilkan sendiri lukisan dinding yang diperlukan.  Sebelum itu, saya perlu beli dari tempat lain seperti di Bali dan ini sudah pasti menelan kos dan waktu menunggu yang agak panjang.” 

“Jadi, untuk menjimatkan kos dan tempoh menunggu, saya hasilkan karya sendiri. Saya ambil masa kira-kira tiga bulan untuk buat sedikit kajian dan baca buku-buku berkaitan sebelum hasilkan karya pertama. Alhamdulillah, sejak itu ramai pelanggan yang suka dan puas hati dengan karya saya. Inspirasi saya adalah daripada fesyen, muzik dan isu semasa. Satu lagi kelebihan lukisan saya ialah ia tidak menggunakan warna-warna yang terlalu ‘menjerit’. Warna-warna yang digunakan adalah monoton, jadi ia sangat sesuai untuk rumah, pejabat atau ruangan yang mengetengahkan konsep moden,” ulas Nizar.

Mengulas tentang harga lukisannya yang agak murah berbanding harga pasaran, Nizar menegaskan dia bukanlah mahu mengganggu harga pasaran, tetapi dia mahu membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk memiliki karya seni yang diidamkan.

“Sebenarnya tidak timbul isu saya mengganggu harga pasaran memandangkan saya punya target market adalah untuk orang umum. Saya tidak mensasarkan mereka yang ‘ada-ada’ untuk membeli karya saya ini. Saya mahu beri peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan lukisan dinding pada harga mampu milik untuk menceriakan ruangan yang mereka mahukan. Ini adalah niat saya dari awal lagi. Sasaran pasaran saya adalah untuk pelbagai lapisan masyarakat,” ulas Nizar yang menjadikan artis ternama Jerman, Gerhard Richter sebagai idolanya. 

Bagi anda yang mungkin tercari-cari lukisan dinding untuk ‘menghidupkan’ ruangan kediaman anda, bolehlah singgah di 1o1 styleGARAGE untuk mendapatkan karya yang diidamkan. Jika anda tidak punya idea, jangan bimbang kerana Nizar dengan senang hati boleh memberi nasihat dan tip untuk membuat pilihan. Bahkan, anda juga boleh meminta Nizar melawati rumah, pejabat atau unit komersial anda untuk khidmat nasihat dan rundingan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai lukisan terbaru di 1o1 styleGARAGE, anda boleh mengikuti akaun studio ini di sini. Anda juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan melalui email [email protected] - Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

2

Budaya 10 bulan yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

3

TARA 11 bulan yang lalu

Keindahan Seni Arabesque, Pengaruh Seni Hiasan Dunia Islam Yang Masih Kekal Dan Popular

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Kerajaan Masih Ada Ruang Kawal Perbelanjaan Negara - Menteri Ekonomi

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar