Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kerajaan Masih Ada Ruang Kawal Perbelanjaan Negara - Menteri Ekonomi

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 1:58PM

Rafizi Ramli juga berkata, kerajaan harus melihat GST sebagai mekanisme pungutan cukai yang lebih baik bukan mekanisme untuk kerajaan mengutip cukai lebih banyak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih ada ruang untuk mengawal perbelanjaan negara terutama perbelanjaan pembinaan supaya lebih berhemah dan lebih tepat dengan perancangan, secara tidak langsung membantu kerajaan daripada segi keperluan hasil yang lebih baik.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sekiranya mampu mengawal perlaksanaan sesebuah projek yang diluluskan dengan baik dan memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan perbelanjaan yang telah diperuntukkan tanpa kenaikan kos dari setahun ke setahun, keperluan untuk berbelanja makin berkurangan.

"Bila keperluan itu kurang, projek berjalan baik dan tiada kelewatan, oleh kerana kita berada dalam kedudukan defisit perbelanjaan, kuranglah keperluan peruntukkan dan kurang berhutang.

"Justeru, bagi tempoh 12 ke 15 bulan ini, tiada keperluan untuk (pengenalan) cukai baharu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya. Kita mengatur perlaksanaan projek dengan lebih baik...itu akan membantu menambah hasil kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada acara HSBC Asian Business Forum di sini hari ini.

Selain itu, Rafizi berkata kerajaan harus melihat GST sebagai mekanisme pungutan cukai yang lebih baik bukan mekanisme untuk kerajaan mengutip cukai lebih banyak.

Beliau berkata di negara lain, apabila gaji rakyatnya sudah mencapai suatu tahap yang tinggi, majoriti rakyat akan membayar cukai.

"Cuma daripada segi kutipan proses untuk mendapatkan cukai ini, ia lebih cerewet (teliti) kerana ia melibatkan proses yang lebih panjang. Secara perbandingan, kaedah kutipan cukai pendapatan ini lebih sukar berbanding GST kerana GST itu dikutip oleh peniaga bagi pihak kerajaan, jadi ia tidak perlu taksiran dan sebagainya," katanya.

Di negara-negara yang majoriti rakyatnya bergaji tinggi dan membayar cukai, apabila kerajaan menukar daripada cukai pendapatan kepada GST, Rafizi berkata kadar cukai pendapatan akan dikurangkan kerana peralihan kepada GST itu bukan untuk mengutip cukai tambahan tetapi kerana ia adalah kaedah yang lebih baik untuk mengutip cukai.

Rafizi Ramli berkata di negara lain, apabila gaji rakyatnya sudah mencapai suatu tahap yang tinggi, majoriti rakyat akan membayar cukai - Gambar Hiasan
Rafizi Ramli berkata di negara lain, apabila gaji rakyatnya sudah mencapai suatu tahap yang tinggi, majoriti rakyat akan membayar cukai - Gambar Hiasan

"Kita perlu sampai ke peringkat itu (pendapatan rakyat lebih baik) terlebih dahulu (sebelum perlaksanaan GST). Jadi...dalam keadaan majoriti rakyat Malaysia masih belum ke tahap itu (pendapatan lebih baik), kalau kita laksanakan GST, kumpulan yang pendapatan mereka tidak perlu membayar cukai...terpaksa berbuat demikian (bayar cukai)," katanya.

Sementara itu, HSBC Malaysia berkata Malaysia berada dalam kedudukan utama untuk menjadi penerima utama transformasi ekonomi global tetapi setiap organisasi perlu terus merebut peluang untuk meningkatkan kesalinghubungan antarabangsa dalam tempoh pasca pandemik.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia Datuk Omar Siddiq berkata keadaan pasaran global semasa hanya mempercepatkan tumpuan untuk mengalihkan pusat ekonomi dunia ke arah Asia dengan rantau ASEAN memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan tersebut.

"Terletak secara strategik di tengah-tengah ASEAN, Malaysia terus menawarkan potensi besar kepada pelabur. Antara cabaran tahun 2022, negara ini merupakan negara berprestasi serantau yang jelas didorong oleh enjin luarannya yang berdaya tahan dan permintaan domestik yang berkembang pesat.

"HSBC Global Research menjangkakan pertumbuhan 2023 menjadi sederhana kepada 4.0 peratus, ini terus menjadi kadar pertumbuhan yang sangat kukuh pada zaman ini," katanya dalam ucapannya pada forum tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata bagi organisasi-organisasi di negara ini untuk memperoleh kelebihan daya saing dalam era baharu dan untuk menarik beberapa pelaburan adalah penting bagi mereka untuk memanfaatkan peluang untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa mereka.

Ia akan menjadi faktor penting untuk membuka akses kepada prospek pertumbuhan dan pembangunan, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

2

Ekonomi 2 minggu yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Beras Putih: Kerajaan Tidak Buat ‘U Turn’ - Fahmi

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

Ekonomi 50 minit yang lalu

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

Usahawan 9 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad