Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

Melalui pameran ini, ASM berharap orang ramai dapat merasai dan menikmati gabungan seni dan sains kerana ia mempamerkan karya seni 23 peserta akhir ArtScience Prize 2022, yang menekankan tema “ArtScience Lens on Planetary Health”.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 8:00AM

Prof Madya Dr Faridah Qamaruz Zaman bersama karyanya, ‘Aquascape’ - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di Malaysia, ramai beranggapan seni hanyalah seni, begitu juga dengan sains - menyebabkan kurangnya pengetahuan tentang sains seni.

Akademi Sains Malaysia (ASM) berharap dapat mengubah minda orang ramai dan menjadikan mereka lebih memahami sains seni melalui pameran ArtScience Prize 2022 yang berlangsung di Balai Seni, Menara Maybank di sini.

Menurut Pengerusi Inisiatif ArtScience ASM, Profesor Emerita Tan Sri Dr Mazlan Othman, sains seni adalah subjek yang mendorong orang ramai melihat pengalaman manusia terhadap alam dan masyarakat dalam dua dunia berbeza, seni dan saintifik.

“Sebagai contoh, kita melihat galaksi. Jika anda seorang saintis, anda bukan sahaja melihatnya sebagai cantik tetapi anda juga tahu bahawa terdapat lubang hitam besar di tengah-tengah galaksi ini yang anda tidak dapat lihat dengan mata kasar.

“Jadi sekiranya anda boleh menyatakan kehadiran lubang hitam ini melalui tafsiran artistik, maka ia dipanggil sains seni tetapi kita tidak mempunyai pendedahan yang mencukupi untuk itu atau satu platform untuk mereka yang berbakat mempamerkan karya seni mereka,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu melalui pameran ini, ASM berharap orang ramai dapat merasai dan menikmati gabungan seni dan sains kerana ia mempamerkan karya seni 23 peserta akhir ArtScience Prize 2022, yang menekankan tema “ArtScience Lens on Planetary Health”.

Pameran dibuka setiap hari mulai 19 Jun hingga 7 Julai dan masuk adalah percuma.

Mazlan berkata pameran itu adalah kesinambungan edisi pertama, yang dilancarkan pada 2020 dan bagi edisi 2022, ASM menerima 58 karya seni yang dikemukakan oleh individu dan kumpulan daripada pelbagai latar belakang dan disiplin, dikategorikan sebagai seni visual, seni berasaskan masa, dan media baharu.

Pemenang ArtScience Prize akan menerima RM20,000, sijil atau plak manakala anugerah “Rising Star” akan mendapat RM10,000, sijil atau plak.

Pemenang anugerah “People’s Choice” pula menerima RM5,000 berserta sijil atau plak dan pemenang akan diumumkan pada 4 Julai pada majlis yang akan dihadiri oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Yayasan Maybank merupakan penaja utama inisiatif tersebut manakala Balai Seni Negara, Multimedia University, Monash University Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Yayasan TM dan Toccata Studio adalah rakan kongsi sokongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Izlyn Ramli  berkata mereka percaya dalam pelaburan untuk masa depan, di mana seni mempunyai keupayaan luar biasa untuk membangkitkan emosi, mencabar persepsi dan memberi inspirasi kepada tindakan manakala sains menyediakan pengetahuan, alatan dan pandangan kepada orang ramai untuk memahami selok-belok dunia.

“Dengan menggabungkan disiplin ini, kita boleh mewujudkan kuasa yang kuat yang memacu perubahan bermakna dan mendorong tindakan kolektif. Pada masa yang sama, dengan mengaplikasikan medium ini, kami (Maybank) menjadi lebih kreatif dan tangkas dalam pendekatan kami terhadap masalah harian dan ia mengajar kami untuk lebih dekat dengan pelanggan kami dan isu yang ingin kami bantu selesaikan menggunakan kepakaran kami, perkhidmatan kewangan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Faridah Qamaruz Zaman berkata penyertaannya melalui karya ‘Aquascape’ yang dihasilkannya melalui kaedah herbarium specimens dalam pameran itu adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terhadap bahaya spesies tumbuhan invasif. 

“Di Malaysia, satu contoh tumbuhan invasif adalah kiambang yang kebanyakan ditemui di permukaan air. Apabila tumbuh terlalu banyak, ia mengganggu habitat sesetengah organisma seperti ikan, sebab itu usaha untuk mengawalnya perlu selain membolehkan saintis mengguna pakai tumbuhan ini untuk menghasilkan biofertilizer dan sebagainya,” katanya.

Pensyarah Fakulti Industri Kreatif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Nai Vongsuthep Wong Sowat pula menarik perhatian melalui seni bina arca terumbu karangnya yang dihasilkan menggunakan kulit kerang dan batu mengandungi kalsium karbonat bagi menyerupai terumbu karang sebenar di lautan.

“Pembinaan arca ini dimulakan pada pertengahan tahun lalu sebagai sebahagian daripada penyelidikan saya mengenai kepentingan memulihara kehidupan marin menerusi agenda pembangunan mampan.

“Saya berharap ia memberi inspirasi kepada lebih banyak penghasilan karya seni sains dan pada sama membawakan misi penting bagi mengekalkan ekosistem hidupan marin terutamanya terhadap ikan dan penyu yang terancam,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Keindahan Seni Arabesque, Pengaruh Seni Hiasan Dunia Islam Yang Masih Kekal Dan Popular

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenapa Kita Anggap ‘Seni’ Sekadar Ala Kadar? – Sharifah Amani

3

TARA 1 tahun yang lalu

Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

4

TARA 1 tahun yang lalu

SA NU BA RI: Pameran Seni Cetak Kontemporari Fadli Mokhtar 

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM