web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

Kedai konsep ini menggabungkan pengalaman membeli-belah dengan terapi seni faset berlian yang cukup mengasyikkan kepada peminat kraf di Malaysia. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 4:01PM

Kedai konsep itu juga direka bentuk untuk menjadi medan demonstrasi dan bengkel seni lukisan berlian. - Gambar ihsan Diamond Dotz®

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diamond Dotz®, jenama seni dan kraftangan seni faset berlian tersohor dari Australia baru-baru ini dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi kedai konsep fizikal yang pertama di Pavilion Bukit Jalil. 

Kedai konsep ini menggabungkan pengalaman membeli-belah dengan terapi seni faset berlian yang cukup mengasyikkan kepada peminat kraf di Malaysia. 

Kedai konsep Diamond Dotz® ini terletak di Pavilion Bukit Jalil. -  Gambar ihsan Diamond Dotz®
Kedai konsep Diamond Dotz® ini terletak di Pavilion Bukit Jalil. - Gambar ihsan Diamond Dotz®

Sebagai pengedar rasmi Diamond Dotz® yang sah di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dotzmania bersedia untuk mempersembahan sesuatu yang berbeza kepada  pencinta seni dan kraf tempatan. 

Diamond Dotz, lebih daripada sekadar sebuah kedai yang menawarkan ratusan reka bentuk dan kit seni lukisan berlian. Kedai konsep itu juga direka bentuk untuk menjadi medan demonstrasi dan bengkel seni lukisan berlian, yang merupakan salah satu kraf paling popular di dunia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya seni faset berlian ini? Seni faset berlian, atau lebih dikenali sebagai lukisan berlian ini merupakan proses lukisan berlian yang akan menghasilkan seni gaya mozek yang berkilauan dan menceriakan. 

Ia juga merujuk kepada proses menenangkan menggunakan ‘berlian’, yang diperbuat daripada permata resin kecil, pada kain pelekat yang telah dicetak. Seni ini sesuai untuk penggemar kraf berumur 5 tahun ke atas. 

Gambar ihsan Diamond Dotz®
Gambar ihsan Diamond Dotz®

Diamond Dotz menggunakan teknologi cetakan berteknologi tinggi yang dipatenkan yang menghasilkan seni facet berlian yang tahan calar dan luntur, semuanya menggunakan dakwat mesra alam yang tidak toksik.

Direka untuk pengalaman titik terbaik, potongan Diamond Dotz mematuhi spesifikasi yang ketat dan dibina menggunakan bahan mentah gred pertama untuk mencipta resin epoksi 2.8mm berkualiti premium.

Potongan Diamond Dotz® adalah unik dan lebih berkesan dalam memantulkan cahaya melalui 13 permukaan berbeza pada setiap aspek, menghasilkan hasil seni yang lebih menakjubkan.

Terapi seni yang menenangkan

Selain daripada dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan boleh dijadikan aksesori dekorasi, seni facet berlian ini juga mempunyai manfaat lain di mana peserta atau peminat seni boleh menjadikan aktiviti seni ini sebagai salah satu terapi yang melegakan dan merehatkan minda. Bahkan, ini adalah salah satu yang hebat untuk memupuk kemahiran seni. 

Gambar ihsan  Diamond Dotz®
Gambar ihsan Diamond Dotz®

“Ketika pandemik COVID-19, perniagaan seni dan kraf tempatan adalah salah satu sektor yang menanggung kerugian. Kini, selepas dua tahun melalui proses pemulihan, lebih ramai yang mula menyedari kepentingan seni dan kraf ke arah kehidupan yang sejahtera.”

“Anda boleh saksikan, akhir-akhir ini ada banyak acara seni dan kraf yang dianjurkan kerana mendapat maklum balas yang baik. Sebagai penyokong seni dan kraf, kami berharap pelancaran kedai konsep ini akan dapat menarik lebih ramai peminat untuk mendapat manfaat daripada hobi yang menggembirakan ini,” ujar Pengasas Dotzmania, Lisa Lee. 

Untuk pengetahuan anda, menurut pakar, aktiviti seni dan kraf terbukti memberi impak yang menggalakkan terhadap kesihatan mental, termasuk meningkatkan rasa empati, harga diri, daya tahan dan kecekalan. Oleh itu, jika anda salah seorang yang mencari hobi baharu untuk 2023 nanti, mungkin Diamond Dotz adalah jawapannya. 

Aktiviti seni yang dijalankan di sini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi ia juga membantu meningkatkan kesihatan mental dan menggalakkan kreativiti serta ekspresi diri untuk membolehkan pencinta kraf melepaskan diri daripada kebimbangan harian dan menumpukan pada penemuan dan refleksi diri.

Gambar ihsan Diamond Dotz®
Gambar ihsan Diamond Dotz®

“Matlamat saya untuk Diamond Dotz adalah untuk membantu lebih ramai orang meraih perasaan yang lebih bagus dan gembira apabila melihat karya seni mereka dihasilkan. 

“Bahkan, saya juga telah bekerjasama dengan ahli psikologi yang menggunakan seni facet berlian dalam sesi rawatan pesakit Parkinson mereka. Hasilnya pemikiran pesakit mereka lebih fokus dan jelas,” tambah Lisa.

Diamond Dotz juga merupakan jenama seni facet berlian pertama yang disahkan selamat. Ia tidak mengandungi formaldehid, kadmium, merkuri, kromium, dan mematuhi pensijilan keselamatan AS, Kanada, Australia dan UK.

Untuk maklumat lanjut tentang Diamond Dotz, sila layari www.dotzmania.com - Getaran, 25 Disember 2022 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang