web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SA NU BA RI: Pameran Seni Cetak Kontemporari Fadli Mokhtar 

Pameran seni Fadli Mokhtar ini adalah kesinambungan kepada dirinya yang terus mengkaji disiplin "membuat" dalam praktisnya sebagai seniman seni cetak. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 12:04PM

Pameran 'SA NU BA RI' oleh Fadli Mokhtar sedang berlangsung di Galeri Chetak 17 - Gambar oleh Rasfan Abu Bakar dan Fadli Mokhtar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seniman seni cetak kontemporari tanah air Fadli Mokhtar kini tampil dengan pameran solonya yang kelima berjudul SA NU BA RI. Pameran seninya itu berlangsung di Galeri Chetak 17, Taman Wangsa Melawati ini sejak 11 Disember hingga 31 Disember 2022. 

Pameran ini adalah kesinambungan kepada dirinya yang terus mengkaji disiplin "membuat" dalam praktisnya sebagai seniman seni cetak. 

Fadli Mokhtar
Fadli Mokhtar

Karya-karya ini berfungsi sebagai metafora Fadli dalam pelayaran rohani seorang lelaki dan artis, di mana dia meneroka konsep kehidupan sebagai perjalanan dan proses penemuan diri. 

Karya cetakannya terdiri daripada imejan berlapis dan dipenuhi dengan unsur-unsur bawah sedar dan boleh diibaratkan sebagai satu manifestasi mindscape iaitu melarikan diri dari realiti. Ini merupakan satu konsep yang dipelopori seorang ahli psikologi terkenal iaitu Sigmund Freud dengan teori Psychoanalysis.

'Mindscape', karya Fadli Mokhtar
'Mindscape', karya Fadli Mokhtar

Menurut pandangan Fadli, manusia sentiasa mencari jalan untuk lebih memahami diri dan tujuan kehidupan mereka. Ia juga merupakan satu keperluan untuk mendalami sebab kewujudan serta kecenderungan yang terikat secara semula jadi kepada fitrah manusia. 

Kemungkinan rasa berterusan manusia untuk menyoal dan menaakul sejajar dengan keperluan untuk mencari ketenangan dan keseimbangan dalam hidup. Perkara ini meliputi perasaan mengimbau kenangan, impian, harapan, ketidakpastian dan banyak lagi.

'Mencari Mihrab', karya Fadli Mokhtar
'Mencari Mihrab', karya Fadli Mokhtar

Justeru itu, siri ini meneroka cara yang kompleks dalam pemikiran dan pengalaman aktif membentuk diri insaniah. Karya Fadli jelas merupakan satu cara bermeditasi dalam menangani persoalan-persoalan gelora mencari jiwa. Lebih dari itu, karyanya juga cuba menggabungkan keharmonian dan keseimbangan di antara minda, jasmani dan jiwa.

Ia disampaikan melalui penggunaan teori semiotic dan bentuk-bentuk abstrak.  Oleh kerana penciptaan karyanya bertindak sebagai cara penemuan dan refleksi diri, susunan kolajnya sangat spontan dan intuitif. Karya Fadli berbentuk gabungan media cetakan, kolaj dan potongan kertas - semuanya memainkan peranan penting dalam mencapai hasil akhir. 

'Monumen Kendiri', karya Fadli Moktar
'Monumen Kendiri', karya Fadli Moktar

Menurut Dr. Jamil Mat Isa dari UiTM Shah Alam, seniman cetak muda ini dilihat berani melangkah dari satu aras ke satu aras yang lebih mencabar daya kreatifnya. Berbekalkan asas yang kukuh untuk meneruskan penerokaan mencari sesuatu kemungkinan yang bakal menjadi identitinya yang tersendiri dalam proses kreatif studionya. 

Adiguru seni cetak Juhari Said menyatakan bahawa karya terbaru Fadli Mokhtar berjaya meneroka serta mengangkat teknik kolagraf dan monotaip tradisi kepada cetakan kontemporari progresif. Kesan calar, tekstur dan stensil begitu mencabar kuliah jumud dalam sejarah seni cetak. – Getaran, 24 Disember 2022 

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

2

TARA 3 tahun yang lalu

Keindahan Seni Arabesque, Pengaruh Seni Hiasan Dunia Islam Yang Masih Kekal Dan Popular

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenapa Kita Anggap ‘Seni’ Sekadar Ala Kadar? – Sharifah Amani

4

TARA 3 tahun yang lalu

Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang