web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rajagobal Ucap Terima Kasih Dapat Vaksin COVID-19 Di Brunei 

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 2:40PM

Rajagobal bergambar setelah menerima vaksin di Brunei. - Gambar dari Twitter Rajagobal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih bola sepak Malaysia, Datuk K Rajagobal selamat menerima dos vaksin COVID-19 di Brunei Darussalam.

Rajagobal yang berkelana ke Brunei setelah dipilih mengendali pasukan kebangsaan negara pengeluar minyak itu tahun lepas, memuat naik satu ciapan di akaun Twitternya hari ini.

“Saya baru sahaja menerima vaksin, terima kasih Kementerian Kesihatan Brunei,” tulis ciapannya. 

Rajagobal dilantik menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Brunei pada Disember tahun lepas selepas mengikat kontrak dua tahun bersama Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD). 

Bekas pengendali Myanmar, Gerd Zeise dan bekas jurulatih Filipina, Micheal Weiss adalah antara pencabar bekas pengendali Harimau Malaya itu untuk jawatan pengendali Brunei. 

Namun pengalaman dan pencapaian Rajagobal yang berjaya memimpin pasukan Malaysia menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 menjadi antara faktor NFABD memilih bekas jurulatih Selangor itu.

Isteri Rajagobal, Datin Chantra, menerima vaksin di MITEC Sabtu lalu. - Gambar dari Twitter Rajagobal
Isteri Rajagobal, Datin Chantra, menerima vaksin di MITEC Sabtu lalu. - Gambar dari Twitter Rajagobal

Rajagobal juga mendedahkan, isterinya turut menerima vaksin di Pusat Dagangan Antarabangsa dan Pameran Malaysia (MITEC) Sabtu lalu dan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam ciapan yang sama. 

“Semoga kita semua dilindungi dengan segera dan keadaan menjadi stabil.

“Jagalah diri dan kekal selamat semua,” beliau mengakhiri cipannya. - Getaran, 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar