web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FOFARED Bantu Bangunkan Industri Kreatif Brunei

Face of Fared (FOFARED) merupakan satu wadah atau platform bertujuan untuk membantu anak-anak muda khususnya mereka yang berminat dalam bidang fesyen dan peragaan.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 3:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri kreatif di Brunei Darussalam, khususnya dalam bidang fesyen, rekaan, fotografi, solekan, peragaan dan sebagainya, kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan anak muda. 

Bidang kreatif ini juga mendapat penerimaan baik daripada setiap warga, asalkan ianya bersesuaian dan selaras dengan budaya negara Brunei. 

Tanpa disedari industri kreatif kini semakin berkembang pesat dan hasilnya senang diakses di pelbagai platform terutamanya di media cetak serta platform digital dan media sosial. 

Face of Fared (FOFARED) merupakan satu wadah atau platform bertujuan untuk membantu anak-

anak muda khususnya anak muda yang berminat dalam bidang fesyen dan peragaan (fashion and modelling) yang diasaskan oleh dua anak muda Brunei, Farid Edros dan Haziqah Zakirah.

Pengasas FOFARED, Farid Edros
Pengasas FOFARED, Farid Edros

Tidak hanya memfokuskan dalam satu bidang sahaja, FOFARED ditubuhkan untuk mengetengahkan para belia yang bergiat dalam bidang fotografi, solekan, penata gaya, pereka grafik, pereka set dan bakat-bakat baru untuk penggambaran komersial. 

Dengan adanya platform ini, ia akan dapat membantu para belia Brunei mencari pendapatan sampingan dan mendukung usaha dalam merealisasikan Wawasan Negara 2035 dan bersedia sebagai ‘Belia Siaga Masa Depan’ sesuai dengan tema Hari Belia Kebangsaan Brunei pada tahun ini.

FOFARED telah melancarkan lima wajah terawal (fashion models) di bawah naungan Face of Fared melalui sosial media Instagram rasminya @fofared.official, baru-baru ini.

Kempen ini telah dilaksanakan dan dirancang oleh pengasas FOFARED, Farid Edros dan pengasas bersama, Haziqah Zakirah dengan gabungan pengiat kreatif seperti Malik Razak (jurufoto), Farzi Hm (make up artist) dan Suud Fikri (pengurus set).

Antara lima model di bawah FOFARED
Antara lima model di bawah FOFARED

FOFARED berharap ianya akan dapat membantu menaikan dan meningkatkan kesedaran tentang industri kreatif di Brunei Darussalam sambil dapat memberikan peluang pekerjaan kepada anak muda dan rakan-rakan seperjuangannya di Brunei.

Pada masa ini, FOFARED sedang mencari muka-muka baharu terutama anak muda Brunei yang berminat dalam dunia peragaan untuk pengambilan kedua. Buat mereka yang ingin mengertai team FOFARED, mereka boleh hubungi FOFARED di akaun Instagram rasmi FOFARED untuk maklumat lanjut. 

Selain belajar mengikuti dunia fesyen, kelebihan menjadi sebahagian daripada team FOFARED ini adalah para peserta akan dilatih menjadi seorang pelakon, juruacara dan banyak lagi mengikut bakat yang selama ini mereka pendamkan.

Di FOFARED, mereka juga disediakan portfolio menerusi sosial media untuk memudahkan para peserta mencari klien dan agensi lakonan, juruacara dan sebagainya.

Antara lima model di bawah FOFARED
Antara lima model di bawah FOFARED

“Ia memudahkan kerja anak muda yang berbakat. Kami tidak mahu usaha mereka hilang begitu saja. Tetapi, mereka mestilah berani dan mahu belajar menerima pendapat orang sekelilingnya,” jelas Farid Edros.

Untuk perancangan selanjutnya, FOFARED ingin membawa model-modelnya meluaskan bakat mereka di luar negara terutama di negara-negara jiran dan seterusnya.

Sementara itu, pengasas bersama FOFARED, Haziqah Zakirah menjelaskan bahawa dia mengenali Farid sewaktu menjalani latihan industri selama tiga bulan di sebuah syarikat hiburan tempatan.

Di sana, dia telah bertemu dengan ramai orang hebat nan berbakat dan salah seorang daripada mereka ialah Farid. Selepas tamat latihan tersebut, mereka telah berhubung antara satu sama lain dan berkongsi minat yang sama.

Antara lima model di bawah FOFARED
Antara lima model di bawah FOFARED

“Dengan semangat dan impian untuk dicapai, kami memutuskan untuk membentuk perkongsian dalam industri fesyen dan FOFARED ditubuhkan sebagai memulakan perniagaan kami,” jelas Haziqah.

Farid dan Haziqah tidak mempunyai latar belakang perniagaan dan ia menjadi satu cabaran untuk mereka berdua. - Getaran, 21 November 2021

Gambar: FOFARED

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad