web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

Pasangan ini telah melangsungkan pertunangan secara rasmi pada Selasa, 9 Januari 2024

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 8:15AM

Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Brunei Darussalam, Pehin Datuk Haji Isa

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan Diraja yang kini menjadi perhatian ramai, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, 33, dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam, 30 akan melangsungkan majlis pernikahan hari ini.

Pasangan ini telah bertunang secara rasmi pada 9 Januari lalu dalam Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Dayang Anisha tampil menawan ketika majlis pertunangan
Dayang Anisha tampil menawan ketika majlis pertunangan

Sebelum itu,  pada hari yang sama, Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki mempersembahkan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’ kepada rombongan Pengantin Diraja Perempuan.

Semalam, pasangan ini diraikan dalam Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja yang disempurnakan mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei. Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman ini menyaksikan bakal pengantin hadir dalam persalinan berona merah. 

Majlis yang diadakan sehari sebelum acara pernikahan ini adalah simbolik bahawa pasangan diraja ini mendapat restu ahli keluarga yang turut sama hadir memeriahkan majlis yang penting itu. 

Nantikan laporan selanjutnya untuk Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja dalam sedikit masa lagi. - Getaran, 11 Januari 2024

Video : @anis.haikk 

Foto : @muash.portfolio

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Filem Indonesia, Siksa Neraka Diharamkan Di Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan