Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Filem Indonesia, Siksa Neraka Diharamkan Di Malaysia

Ia adalah hasil adaptasi daripada komik dengan judul sama ‘Siksa Neraka’ karya M B Rahimsyah yang popular pada era 1980-an

Filem & TV Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 4:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem dari Indonesia, Siksa Neraka yang mula ditayangkan di negara jiran itu pada Disember lalu, dikhabarkan sudah diharamkan tayangannya di Malaysia dan Brunei. 

Berita itu dikongsi oleh pengedar filem, Antenna Entertainments, dan menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna aplikasi X. Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut dikongsi untuk peminat filem itu, yang ternanti-nantikan tayangannya di pawagam Malaysia.

Justeru, ramai pengguna Aplikasi X mula berkongsi pendapat dan membuat spekulasi punca Siksa Neraka tidak boleh ditayangkan di negara ini.

Untuk bertanya kenapa diharamkan, sebab perkara Sam'iyyat contoh siksa kubur, siksa neraka tak boleh kita buat rekaan. Cukup sekadar mengimani bagaimana siksaannya wujud berlaku berdasarkan sumber Quran dan Hadith,” ulas @wan_tesla.

Memang patut diharamkan. Neraka dan syurga adalah benda yg manusia tak boleh imaginasikan. Kita mendengar tapi kita tak dapat imaginasikannya sebab melangkaui pemikiran kita. Allah SWT melarang kita berfikir luar dari kemampuan kita,” ulas @farahaz_97.

Syurga dan neraka, salah satu perkara yang TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN dengan lakonan atau lukisan! Dahsyatnya tak tergambar. Dalam Al-Quran sendiri melarang. How can you gambarkan sesuatu yang ghaib? Yang Rasulullah SAW sendiri tak dapat gambarkan melalui perkataan?” soal @Iloikeeveryone pula.

Di Indonesia, filem yang diarah sutradara Anggy Umbara mendapat sambutan memberangsangkan, lebih-lebih lagi selepas pempengaruh sosial media transgender, Lucinta Luna berkongsi yang dia berasa cukup terkesan dengan jalan cerita yang dipaparkan sehingga terfikir untuk kembali ke fitrah asal. 

Siksa Neraka dimulai dengan kehidupan keluarga kecil yang taat pada agama dan terdiri daripada ayah (Ariyo Wahab), ibu (Astri Nurdin), serta anak-anak mereka, Saleh (Rizky Fachrel), Fajar (Kiesha Alvaro), Tyas (Ratu Sofya), dan Azizah (Nayla Purnama).

Si ayah adalah seorang ustaz muda yang dihormati dan mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai keagamaan.

Pada suatu malam, keempat-empat anak-anaknya bertindak mahu meninggalkan rumah tanpa pamit. Ketika hendak menyeberang Sungai di hadapan rumah mereka, mereka telah dihanyutkan oleh arus deras. 

Apabila menyedari ketiadaan anak-anak mereka, kedua orang tuanya bimbang dan bingung serta mula meragukan sama ada mereka sudah memberi bekalan ilmu agama yang secukupnya kepada mereka.

Pada waktu yang sama, Saleh dan adik-adiknya terbangun di tempat yang menakutkan, menemukan diri mereka terpisah di dalam neraka yang penuh api.

Dalam pencarian mereka satu sama lain, mereka menghadapi penderitaan yang mengerikan akibat dosa yang dilakukan selama hidup di dunia. – Getaran, 9 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran