web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jasmine Suraya Akui Sukar Lakonkan Adegan Seks Dalam 'Villa Kristal'

Pelakon Jasmine Suraya mengakui berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran memegang watak Angel dalam drama bersiri digital terbaru, 'Villa Kristal'. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 3:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon cantik berbakat besar, Jasmine Suraya mengakui berdepan cabaran apabila perlukan menjayakan babak panas dalam drama terbaharu lakonannya berjudul 'Villa Kristal'.

Dalam drama yang ditayangkan di platform penstriman WeTV itu, Jasmine memegang watak sebagai Angel yang merupakan seorang bekas pramugari dan guru yoga di 'Villa Kristal'.

Sewaktu tayangan perdana drama ini dipertontonkan kepada pihak media Selasa lalu, Jasmine kelihatan agak terkejut melihat aksinya sendiri dalam beberapa babak panas. 

Menurut Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei ,33, dia berfikir dua kali sebelum bersetuju untuk menerima tawaran berlakon drama ini.

“Watak Angel sangat ‘daring’. Saya berfikir dua kali sebelum bersetuju untuk terima tawaran berlakon drama ini. Apabila saya fikirkan semula, apa yang dipaparkan itu bukan Jasmine Suraya tetapi Angel,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media.

Dalam drama yang diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Jason Chong ini, terdapat babak-babak panas seperti hubungan seks di antara Jasmine dan Alvin Wong.

“Susah sebenarnya untuk lakonkan adegan itu kerana ia lebih kepada teknik kamera. Ia kelihatan seperti ada adegan seks yang berlaku tetapi sebenarnya kami tidak melibatkan sentuhan fizikal. Kalau ada pun sentuhan tangan,” katanya.

Bukan sahaja terlibat dengan babak panas dengan Alvin, tetapi Jasmine perlu melakonkan babak yang sama dengan seorang lagi pelakon dalam drama ini.

“Walaupun ada hubungan dengan seorang lelaki lagi, watak Angel ini sebenarnya sangat kelakar, ceria dan penyayang. Dia buat sahaja apa yang dia nak buat. Saya rasa itu adalah mesej yang saya nak beritahu kepada semua orang bahawa anda boleh lakukan apa yang anda mahu tetapi jangan menyakiti orang lain,” jelasnya. 

Melihatkan watak Angel yang dipaparkan begitu berani dan berpenampilan agak seksi, Jasmine akui dia terpaksa menurunkan berat badan bagi penuhi tuntutan watak. 

“Saya terpaksa diet dan bersenam dua kali sehari untuk sesuaikan diri dengan watak dan penampilan Angel. Dia seorang jurulatih Yoga. Sebelum masuk set, badan saya agak gempal sikit. Enam minggu saya tak makan nasi. Waktu PKP tu saya rasa agak terseksa kerana rasa nak makan tetapi tak boleh,” kongsinya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk menerima pelbagai reaksi daripada penonton termasuk kecaman, pelakon kelahiran Kuching Sarawak ini mengakui dia terbuka untuk terima sebarang maklum balas atas kapasiti seorang pelakon. 

“Ini adalah salah satu cerita yang dah lama kita tak tengok di Malaysia di mana ia betul-betul melangkau sempadan dan berani. Bila lagi kita nak ada cerita sebegini.

"Saya sangat suka naskhah ini kerana ia bukan cerita yang klise. Ia memaparkan aspek yang berlainan tentang kisah empat wanita. Ia seperti drama 'Sex And The City' atau 'Desperate Housewive'. Saya rasa ramai perempuan yang nak berlakon dalam cerita seperti ini,” katanya.

Villa Kristal memaparkan kisah kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami 'Villa Kristal.'

Turut menjayakan siri 13 episod ini adalah Tiz Zaqyah yang menyandang watak sebagai usahawan yang berjaya dan Mawar Rashid sebagai isteri kedua seorang ustaz terkenal. 

Villa Kristal bakal ditayangkan tidak lama lagi di wetv.vip dan aplikasi WeTV. - Getaran, 13 Januari 2022

Gambar: WeTV dan Helmi Anuar Menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 15 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...