web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PUNB Tawar Skim Pembiayaan Baharu Untuk Individu Diberhenti Kerja

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 1:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) untuk membantu individu bumiputera menceburi bidang perniagaan.

Pengerusi Tan Sri Noh Omar berkata SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID19 dan berhasrat untuk memulakan perniagaan atau telah mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac 2020.

Beliau berkata pembiayaan itu boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan.

“Kadar keuntungan yang dikenakan kepada usahawan hanya 3.5 peratus setahun berdasarkan kadar baki bulanan dan tempoh pembayaran maksimum sehingga lima tahun enam bulan.

“Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata individu yang ditawarkan pembiayaan itu berpeluang untuk mengikuti kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan keusahawanan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat serta pengurusan am.

Mereka juga berpeluang untuk menyewa premis perniagaan milik PUNB dengan kadar sewa yang kompetitif, katanya sambil menambah Ibra’ (rebat) sehingga 50 peratus daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik. 

Permohonan SPUR boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini, menerusi pautan di laman portal www.punb.com.my dan keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam jangka masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentangan racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Noh Omar Sahkan Tidak Bertanding, Tapi Akan Pastikan BN-PH Kalah

2

Politik 3 tahun yang lalu

Noh Jadi Penceramah Bebas, ‘Saya Datang Jika Dijemput Mana-Mana Parti Politik’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Noh Dilarang Adakan Program Di Dewan Menggunakan Namanya Sendiri

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pemecatan Khairy, Noh, Penggantungan Ahli UMNO Sah Ikut Perlembagaan Parti

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan