Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dari Eksekutif Bank Jadi Usahawan Bertih Jagung Berjaya

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 10:02AM

Muhamad Azamuddin (tengah) bersama pekerjanya mengisi popcorn di dalam bekas ketika ditemui Bernama di kilang pembuatan popcorn, di Lahat baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dalam situasi ekonomi yang penuh ketidaktentuan berikutan pandemik melanda, tidak ramai termasuk mereka yang sudah mempunyai pekerjaan, berani keluar dari kepompong keselesaan dan terjun ke dalam dunia keusahawanan.

Namun, seorang bekas eksekutif sebuah bank di Kuala Lumpur, Muhamad Azamuddin Kahar, 30, tekad mengubah nasib keluarganya dengan membuka perusahaan membekalkan bertih jagung (popcorn) sehingga memiliki kilang sendiri di Lahat dekat sini, sejak dua tahun lepas.

“Pada awalnya, saya bersama rakan buat bertih jagung ini secara sambilan dan kecil-kecilan dengan menggunakan sebuah mesin.

“Sekadar mahu menambah pendapatan dan bertih jagung ini saya bekalkan untuk majlis kenduri kahwin,” katanya ketika ditemui Bernama di kilang pembuatan bertih jagungnya di Lahat, kira-kira 10 minit dari pusat bandar raya.

Katanya, pada 2020, beliau membuka tempahan produk bertih jagungnya ‘Flavyo’ itu sempena hari raya dan tidak menyangka permintaan diperoleh begitu memberangsangkan apabila pelanggan menempah paket besar dan membeli secara pukal.

Menurut beliau, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bank tidak dapat beroperasi dan dia tidak bekerja, maka ketika itulah beliau nekad berhenti kerja dan membuat keputusan untuk berniaga bertih jagung secara sepenuh masa dari rumah, lebih-lebih lagi bertih jagung ‘Flavyo’ itu mulai viral di media  sosial.

Tidak lama selepas itu, bapa kepada dua  anak ini melihat potensi dalam memperluaskan perniagaan tersebut lantas menambah dua lagi mesin pembuatan bertih jagung selain mengupah pekerja serta menyewakan sebuah premis untuk dijadikan pusat pengeluaran bertih jagung, ekoran permintaan yang semakin banyak.

“Saya tidak mahu berniaga umpama hangat-hangat tahi ayam, malah akan teruskan usaha ini sehingga mencapai kejayaan besar,” katanya menambah pada awalnya hasratnya itu ditentang ahli keluarga, namun selepas melihat episod kejayaan perniagaan tersebut yang mencecah pendapatan hingga puluhan ribu ringgit sebulan, sokongan tidak berbelah bahagi hadir selain perniagaannya semakin berkembang.

Menurutnya berbekalkan tiga perisa, jualan bertih jagungnya itu boleh mencecah RM50,000 sebulan untuk kedua-dua perisa salted caramel dan coklat yang dijual dengan harga RM18 sebalang dan RM28 sekilogram. Kini kilangnya mampu menghasilkan 130 kilogram sehari dan meningkat kira-kira 5,000 kilogram apabila tiba musim perayaan.

“Untuk kekal dan pergi lebih jauh dalam industri, saya merancang untuk meluaskan kilang melalui pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional selain memperolah Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI),” katanya.

“Insya-Allah, perancangan ini akan memanfaatkan juga 220 orang ejen saya di seluruh negara yang turut sama memasarkan produk ‘Flavyo’ atau menggunakan label sendiri,” katanya.

Selaku, ahli kelab penyokong bola sepak negara (Ultras), Muhamad Azamuddin turut memanfaatkan platform tersebut untuk mempromosi bertih jagungnya selain menerusi media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Sementara itu, seorang ejennya, Aminuddin Mukhtar, 54, usaha anak muda untuk berkecimpung dalam perniagaan ini harus dijadikan contoh untuk berani menceburkan diri serta mengubah nasib untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

“Saya mula mengenali tentang produk ini apabila ternampak promosi di media sosial dan melihat ramai berkongsi tentang produk ini kerana keenakan dan kerangupannya. Saya terus ambil peluang ini dengan menyertai mereka. Kini, sudah enam bulan saya menjadi ejen yang sah dan aktif,” katanya ketika ditemui di kilang tersebut, baru-baru ini.

Menurut Aminuddin, beliau mengambil berkilo-kilo bekalan bertih jagung pada setiap minggu untuk diletakkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh dan Cameron Highlands. Permintaan sangat melambung tinggi kerana bertih jagung ini sedap dan tidak mudah lemau,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Azamuddin turut menasihatkan golongan sebayanya agar tidak mudah putus asa dan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu di dada untuk kekal lama dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi.

“Nelayan di laut pun dapat ikan setiap hari, apatah lagi kita yang di darat. Kalau tiada modal, gunakan sahaja apa yang ada di tangan. Kalau sudah dapat untung, simpan dan jangan guna. Sentiasa cakna dengan sekecil-kecil kos dan bahan supaya tidak terlepas pandang setiap aliran keluar masuk duit,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cameron Highlands Dahului Senarai 10 Bandar Paling Bahagia 2024

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu