web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 12:12PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Empat pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan rakaman percakapan, semalam.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua data yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah direkodkan sebagai bahan bukti, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut kenyataan MCMC, beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Suruhanjaya itu memaklumkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"MCMC sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran.

"Penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun," menurut kenyataan itu.

MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian, untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah al-Quran, sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert, tular sejak beberapa hari lalu.

la bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan pada 3 April (Rabu), yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei di Kuantan, Pahang.

Zulkifli turut dilaporkan berkata, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Oktober. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar