Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dulu Jurutera, Sekarang Pengusaha Nanas Berjaya Di Pengerang

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 9:06AM

Roslee menunjukkan nanas jenis MD2 yang ditanamnya di Kampung Lepau, Pengerang di Kota Tinggi ketika kunjungan Bernama di kampung itu baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENGERANG - Nekad meninggalkan bidang kejuruteraan untuk berbudi kepada tanah, ternyata memberi pulangan lumayan kepada Roslee Ismail yang mengusahakan tanaman nanas di Kampung Lepau, Pengerang di Kota Tinggi.

Melihat hamparan tanaman nanas setiap kali pulang ke kampung halaman, Roslee, 51, berkata dia terdetik untuk menceburi bidang pertanian sebagai kerjaya baharu.

“Sebelum ini saya bekerja ‘makan gaji’ sebagai jurutera kimpalan di sebuah syarikat swasta di Selangor dan apabila pulang ke kampung di Kota Tinggi, saya melihat ramai orang luar yang mengusahakan tanaman nanas, daripada situlah timbulnya keinginan untuk berbakti kepada tanah di kampung halaman sendiri,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Roslee berkata pada 2006 dia mencuba nasib dengan membuat permohonan sewaan tanah daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak tersebut bersetuju menyewakan tanah seluas 8.09 hektar di Kampung Lepau kepadanya.

Sejak daripada itu, dia mengusahakan nanas jenis M36 diikuti Morris, Crystal Honey dan Josaphine sebelum menumpukan sepenuhnya kepada nanas MD2 susulan ia mendapat permintaan tinggi di pasaran.

“Bermodalkan kira-kira RM100,000 saya memulakan tanaman nanas dengan mengupah pekerja untuk mengusahakannya selama kitaran 18 bulan,” kata Roslee yang berkelulusan Sijil Teknologi Kimpalan dari Institut Kemahiran Belia.

Sebagai individu yang baru berjinak-jinak dengan sektor pertanian, dia sememangnya tidak dapat lari daripada pelbagai cabaran termasuk pada awalnya gagal dalam permohonan untuk mendapatkan tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Jabatan Pertanian berikutan mempunyai saingan ramai.

“Selepas 18 bulan, percubaan saya untuk mengusahakan nanas berjaya dan pada masa sama terdapat beberapa pengusaha nanas dalam projek TKPM gagal, selepas itulah pihak Jabatan Pertanian menawarkan kepada saya tanah 20 ekar dan selepas cukup kitaran mereka menawarkan lagi 20 ekar tanah TKPM, syukur sehingga kini saya sudah mempunyai 40 ekar tanah untuk diusahakan,” katanya.

Menurut Roslee yang berpindah ke kebun TKPM pada 2009, dia sangat gembira dan berpuas hati apabila melihat hasil tanaman nanasnya mendapat permintaan ramai sekali gus membuatkannya nekad berhenti kerja sebagai jurutera kimpalan bagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kebun nanas itu pada tahun sama.

Lebih menggembirakannya apabila Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) turut menawarkan kepadanya pinjaman benih MD2 sebanyak RM100,000 pada 2013 bagi mempergiatkan lagi usaha tanaman nanas varieti tersebut bagi menampung permintaan tinggi dalam pasaran domestik serta eksport.

“Dalam tempoh seminggu kita mampu mengeluarkan 200 biji nanas jenis MD2 dengan purata jualan sebiji RM3 bersamaan RM6,000 seminggu dan jika dibantu LPNM dengan subsidi yang ada, petani hanya keluarkan kos dalam RM1 bererti bersih dalam RM2 sebiji untuk buah sahaja bermakna pendapatan bersih boleh dapat RM4,000 seminggu,” katanya.

Berdasarkan rekod LPNM, Johor merupakan pengeluar nanas terbesar negara diikuti Sarawak, Sabah dan Kedah.

Ketika ditanya mengenai harapan terhadap pengusaha nanas sepertinya dia berharap kerajaan dapat mempergiatkan lagi industri pengeluaran nanas dengan menyediakan pelbagai bantuan dan latihan agar lebih ramai agropreneur muda terlibat dalam tanaman komoditi tersebut.

“Saya sendiri bersedia menawarkan diri untuk memberi latihan kepada anak-anak muda untuk mempelajari mengenai penanaman nanas ini, kerana ia bukan sahaja antara sumber kekayaan baharu negara malah mampu meningkatkan pendapatan petani.

“Saya yakin dengan adanya banyak program latihan sebegini dapat menarik lebih ramai golongan belia daripada kumpulan B40 untuk terlibat dalam sektor pertanian dan sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka,” kata bapa lima anak itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

5 Menu Mudah Yang Anda Boleh Hasilkan Menggunakan Buah Nanas 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jurutera PKD ditemukan lemas di Bachok

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DOA Tidak Pernah Bincang Urusan Permit Tapak Perkhemahan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Dari Pelantar Minyak Ke Mesin Jahit Industri Demi Ketenteraman Hati

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu