web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DOA Tidak Pernah Bincang Urusan Permit Tapak Perkhemahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 8:11PM

Keadaan di kawasan tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Pertanian (DOA) tidak pernah memberi ulasan atau berbincang mengenai permit tapak perkhemahan dengan pengusaha Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, yang mengalami kejadian tanah runtuh pada Jumaat lepas, kerana ia di luar bidang kuasa jabatan itu.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan dua portal berita tempatan semalam bahawa Father’s Organic Farm tidak dapat memohon lesen tapak perkhemahan kerana permit seumpama itu tidak wujud dengan memetik DOA sebagai antara agensi kerajaan yang memaklumkan perkara itu.

Bagaimanapun, DOA memaklumkan dakwaan itu tidak benar.

DOA, dalam kenyataan hari ini, berkata peranan DOA hanyalah memberi khidmat nasihat berkaitan proses dan kaedah untuk mendapatkan pensijilan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) serta lawatan berkaitan proses pensijilan tersebut di Father’s Organic Farm.

“DOA tidak mempunyai autoriti untuk memberi permit, lesen atau khidmat nasihat kepada mana-mana pengusaha yang menyediakan tapak perkhemahan,” menurut jabatan itu.

DOA memaklumkan ia berfungsi memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan serta menguatkuasakan akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

Tragedi tanah runtuh pada jam 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu sehingga kini menyaksikan 61 mangsa selamat, 26 terkorban dan tujuh masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Nafi Tiada Kelulusan Permit Untuk Perhimpunan Mega Palestin

3

Kolum 2 tahun yang lalu

Pertanian Jitu Dan Internet Of Things: Masa Depan Keselamatan Makanan Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kos Pembaharuan Permit Pekerja Domestik Asing Indonesia Ditetapkan RM610 - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad