web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Pembaharuan Permit Pekerja Domestik Asing Indonesia Ditetapkan RM610 - Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 9:15PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Majikan perlu membayar RM610 sebagai kos pembaharuan permit pekerja domestik asing (PDA) Indonesia seperti ditetapkan oleh Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kos terbabit meliputi bayaran levi sebanyak RM410, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) RM60, pemprosesan (RM125) dan visa (RM15).

Beliau berkata, kos tersebut tidak termasuk kos pemeriksaan kesihatan PDA (Fomema) yang dibuat pada setiap tahun pertama, kedua, ketiga dan setiap dua tahun berikutnya dengan tidak melebihi RM200.

"Pembaharuan pasport yang tamat tempoh juga mempunyai bayarannya yang ditentukan kedutaan negara asal PDA masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, majikan wajib membuat pembaharuan permit kerja PDA yang digajikan setiap tahun dan ia perlu dibuat seawal tiga bulan sebelum tamat tempoh permit.

Sivakumar berkata, permohonan pembaharuan permit boleh dibuat oleh majikan atau dengan melantik Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dengan senarai APS boleh disemak di laman sesawang JTKSM.

Pada masa ini, katanya, pengurusan penggajian PDA bagi warga Indonesia adalah disyaratkan dibuat menerusi APS yang berdaftar dengan JTKSM. 

Mana-mana kos tambahan oleh APS adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak manakala proses pembaharuan permit PDA, selain daripada PDA warga Indonesia boleh dibuat sendiri oleh majikan secara dalam talian menerusi portal e-PLKS@JIM, katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

Sorotan

1

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

2

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

3

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

4

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

5

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

6

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

oleh Sophia Ahmad