web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2026 6:07PM

Gambar JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (JIM) melumpuhkan sindiket penyeludupan migran dikenali sebagai 'Geng Sojul' susulan penahanan dua 'transporter' atau ejen pengangkut lelaki masing-masing seorang rakyat tempatan dan warga asing dalam operasi di sekitar Kuchai Lama di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata dalam operasi bermula 1.30 tengah hari itu, pihaknya turut menahan 20 pendatang tanpa izin yang dipercayai baru diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Kelantan.

Beliau berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan lapan pendatang tanpa izin selepas memintas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kawasan parkir sebuah pasar raya.

"Susulan itu, pasukan penguat kuasa menyerbu sebuah kondominium di kawasan berhampiran yang dijadikan rumah transit serta menahan 12 lagi lelaki warga Bangladesh yang dipercayai sedang menunggu untuk dihantar ke selatan tanah air dan sekitar Lembah Klang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak Disember lepas dengan modus operandi membawa masuk migran melalui negara ketiga sebelum memasuki Malaysia secara haram melalui sempadan Kelantan.

Beliau berkata setiap individu itu dikenakan bayaran RM12,000, menjadikan sindiket berkenaan dianggarkan telah mengaut keuntungan mencecah RM1.2 juta sepanjang tempoh dua bulan beroperasi.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada 19 warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar berumur antara 18 hingga 49 tahun.

"Turut disita ialah dua kenderaan, beberapa pasport Bangladesh serta wang tunai RM82,100 dan USD3,700 (kira-kira RM15,600)," katanya.

Kesemuanya kini ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

 Imigresen Tahan 14,361 Pendatang Tanpa Izin Setakat 23 Februari

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad