Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dari Pelantar Minyak Ke Mesin Jahit Industri Demi Ketenteraman Hati

Demi keluarga tercinta, Fauzi Aziz nekad terjun ke dalam dunia perniagaan jahitan.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 2:00PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama ada sedar atau tidak, sudah menjadi  kebiasaan dalam kalangan masyarakat bagi menentukan hala tuju kehidupan baharu dek perubahan drastik yang berlaku pasca pandemik ini.

Siapa sangka, tangan yang biasa melakar pelan utama pelantar minyak, kini melakar rekaan pakaian lelaki dan wanita pula?

Mengambil keputusan berhenti melakukan kerja-kerja kejuruteraan di tengah samudera merupakan satu keputusan berani yang dilakukan oleh bekas jurutera minyak dan gas ini.

Bagi Mohd Fauzi Abdul Aziz (45), dia tidak kekok memulakan perniagaan jahitan sendiri di kedai jahit sederhananya yang diberi nama Norazura Tailor, sempena nama sang isteri. 

Takdir menentukan, ikuti temu bual santai kami bersama Fauzi dalam menempuhi cabaran dan perubahan kehidupan pasca pandemik ini, seperti yang tertera:

Fauzi Aziz, pemilik Norazura Tailor
Fauzi Aziz, pemilik Norazura Tailor

1 – Sebagai seorang bekas jurutera, apakah yang mencetuskan anda untuk terjun menceburi bidang jahitan ini?

Walaupun mempunyai pengalaman selama berbelas tahun sebagai jurutera perunding minyak dan gas, saya sentiasa mencari peluang untuk memperkembangkan lagi ekonomi keluarga.

Setelah mendengar keluhan isteri yang sukar mendapatkan produk berkualiti pada harga berpatutan untuk perniagaan butik hijabnya, saya terus membeli mesin dan peralatan menjahit. 

Fauzi bersama isteri & pemilik bersama, Norazura Che Hamid
Fauzi bersama isteri & pemilik bersama, Norazura Che Hamid

Tanpa dirancang, saya mula menghasilkan beberapa helaian baju di sudut butik isteri untuk menghabiskan masa lapang.

Alhamdulillah, hasil jahitan saya itu tadi mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan berkat dorongan isteri, kami mampu membuka kedai jahit sendiri.

Lantaran tempahan yang memberangsangkan, saya melantik beberapa pekerja mahir bagi menghasilkan aneka jenis jahitan kerana saya tidak menang tangan menjahit seorang diri.

Fauzi bersama salah seorang pekerjanya, Iqbal Hossain
Fauzi bersama salah seorang pekerjanya, Iqbal Hossain

2 – Perbezaan ketara antara industri minyak dan bidang jahitan?

Tidak saya nafikan industri minyak mempunyai risikonya yang tersendiri. Saya sendiri beberapa kali terlepas dari situasi berbahaya walaupun mendapat gaji yang tinggi.

Walaupun saya masih lagi melakukan kerja-kerja perundingan minyak dan gas secara bebas, saya tidak perlu melaporkan diri ke pelantar minyak secara fizikal.

Berkecimpung dalam dunia perniagaan jahitan ini membolehkan saya mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama isteri dan tiga anak saya.

Saya turut mendapat kepuasan melihat sendiri perniagaan ini semakin berkembang dengan hasil usaha sendiri.

Sebelum membuka Norazura Tailor, Fauzi pernah bekerja dengan syarikat minyak gergasi seperti Shell & Petronas
Sebelum membuka Norazura Tailor, Fauzi pernah bekerja dengan syarikat minyak gergasi seperti Shell & Petronas

3 - Kebiasaannya, berapakah anggaran tempahan di musim perayaan dan apakah cabaran dalam menyelesaikannya? 

Bagi tempahan musim perayaan, saya sentiasa memastikan jumlah tempahan yang diterima bertepatan dengan tenaga kerja yang dimiliki.

Saban tahun, kami terpaksa menutup awal tempahan raya, sehinggakan ramai pelanggan yang terlambat membuat tempahan, datang merayu supaya tempahan mereka juga dapat diterima. 

Ini mungkin antara cabaran terbesar bagi kami kerana kami tidak mampu memberikan peluang saat akhir kepada mereka.

Fauzi mempelajari teknik menjahit daripada ibunya sejak dari bangku sekolah lagi
Fauzi mempelajari teknik menjahit daripada ibunya sejak dari bangku sekolah lagi

4 – Bagaimana maklum balas pelanggan setakat ini? Jika terdapat krisis seperti tempahan tidak dapat disiapkan, baju tersalah ukuran atau sebagainya, bagaimana anda menghadapinya?

Amat baik kerana kami memastikan setiap ukuran yang tepat dan bahan yang bersesuaian ada sebelum proses jahitan dimulakan.

Walau begitu, tempahan pada bulan Ramadan agak mencabar kerana pasti ada sesetengah pelanggan yang mengalami perubahan berat badan.

Ini menyebabkan tempahan mereka menjadi longgar atau sedikit ketat. Namun, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah hasil teknik jahitan istimewa kami. 

Fauzi memegang Sarjana dalam Bidang Kejuruteraan dari Miyazaki University, Jepun
Fauzi memegang Sarjana dalam Bidang Kejuruteraan dari Miyazaki University, Jepun

5 – Nasihat anda kepada mereka di luar sana untuk bangkit semula meneruskan kehidupan pasca pandemik.

Sama seperti menjalankan peniagaan, dalam kehidupan ini kita seharusnya sentiasa bersabar, berusaha sebaik yang mungkin dan kekal optimistik, sekalipun menghadapi pelbagai cabaran.

Bagi yang berniaga, mutu produk dan perkhidmatan haruslah sentiasa dijaga demi memberi kepuasan kepada pelanggan. Pengurusan kewangan yang berhemah juga amat penting. 

Membuka perniagaan jahitan ini tidaklah selumayan pendapatan saya sebagai jurutera, namun ia memberi saya lebih ketenteraman hati dalam menjalani kehidupan. - Getaran, 10 April 2022

Kini Fauzi lebih senang dan bahagia bekerja sendiri di butik kecilnya yang terletak di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Kini Fauzi lebih senang dan bahagia bekerja sendiri di butik kecilnya yang terletak di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor

Gambar: Syeda Imran

Isu Pada

Zee Avi Masih OK!

09 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid