Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Menu Mudah Yang Anda Boleh Hasilkan Menggunakan Buah Nanas 

Bagi menarik minat anda yang tidak gemar memakan nanas dengan begitu sahaja, cuba hasilkan lima menu mudah ini. 

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 6:28PM

Nanas adalah antara buah tropika yang memiliki pelbagai khasiat - gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin terdapat segelintir individu tidak menggemari buah nanas kerana rasanyanya masa atau ‘tajam’ di perut. Namun nanas mempunyai banyak khasiat dan bagus untuk diamalkan sebagai buah pilihan di rumah. 

Antara kebaikan buah nanas ialah memberikan kesan antioksidan yang tinggi kerana ia mempunyai vitamin C dan merupakan sumber terbaik mineral yang membekalkan tenaga dalam badan. Bagi memberikan tarikan kepada anda yang tidak gemar memakan nanas dengan begitu sahaja, hari ini penulis berkongsi lima menu mudah yang anda boleh hasilkan menggunakan buah tersebut. 

 Campurkan beberapa buah masam lain bersama nanas untuk menghasilkan rasa yang unik. - gambar Unsplash
Campurkan beberapa buah masam lain bersama nanas untuk menghasilkan rasa yang unik. - gambar Unsplash

Jus Detox Nanas 

Secara amnya, segala jenis buah-buah boleh dijadikan jus yang enak dan segar. Apa kata anda cuba kisar buah nanas ini menjadi jus. Tetapi untuk menambahkan lagi keunikan rasa jus tersebut, campurkan bersama lemon, epal hijau serta madu asli dan adalah lebih baik menggunakan nanas yang masam supaya anda dapat merasi keunikan ketiga-tiga buah ini.  

Sejukkan di dalam peti ais sebelum meminumnya. Mudah bukan? Disifatkan sebagai minuman detoks, ia amat disarankan kepada sesiapa yang sedang diet.  

Pajeri yang dijual di Restoran Bukit Payong Marang - gambar Restoran Bukit Payong
Pajeri yang dijual di Restoran Bukit Payong Marang - gambar Restoran Bukit Payong

Pajeri Nanas  

Buat penggemar makanan tradisional, nanas juga boleh dijadikan sebagai hidangan yang dinamakan pajeri nanas. Menu ini amat popular di kalangan masyarakat Melayu dan buat yang tidak tahu, resepi ini sebenarnya berasal dari India. 

Kuah pajeri tersebut adalah hasil daripada campuran rempah ratus seperti serbuk kari, bawang merah, bawang putih, ikan bilik, kerisik, santan dan halia.  

Rasa masam nanas dicampur dengan kuah yang mengandungi rasa lemak rempah ratus pasti meningkatkan selera anda. Malah resipi atau cara pembuatan pajeri nanas ini sudah banyak dikongsikan di media sosial kerana ia mudah dihasilkan oleh sesiapa pun. 

Nasi Goreng Nanas - gambar cookpad.com
Nasi Goreng Nanas - gambar cookpad.com

Nasi Goreng Nanas 

Bunyi macam sudah biasa dengar namun adakah anda sudah mencuba memasak nasi goreng nanas di rumah? Pada dasarnya, nasi goreng nanas sedikit beraroma dan ada rasa masam manis pada juadah tersebut. Tidak kira bahan apa pun yang dimasukkan ke dalam nasi goreng itu, pasti aroma nanas ini akan menusuk deria bau anda. 

Namun adalah tidak sesuai untuk anda menggunakan jus nanas untuk mendapatkan rasa unik nasi goreng . Cukup sekadar mencampurkan buah nanas yang dipotong kecil.  

Nanas Goreng Tepung 

Kerap kali kita lihat pisang, keladi, ubi dicelup bersama tepung seterusnya dijual di tepi jalan. Apa kata kali ini, anda cuba pula nanas goreng tepung. Pada awalnya, penulis juga tidak terfikir resepi nanas ini, namun setelah melihat sebuah hantaran Instagram dari @resipi_masakan_makanan, penulis sendiri mencubanya dengan tepung goreng Mahsuri hot and spicy.  

Fuh, rasanya sukar untuk digambarkan. Sudahlah cara pembuatannya mudah dan cepat, setiap gigitan nanas goreng ini amat rangup dan sedikit pedas. Nanas itu juga cukup juicy dan meresap di ke dalam mulut anda. 

Acar timun nanas antara hidangan iringan yang sering menjadi pilihan di majlis keramaian masyarakat Melayu - gambar Flickr
Acar timun nanas antara hidangan iringan yang sering menjadi pilihan di majlis keramaian masyarakat Melayu - gambar Flickr

Acar Timun Nanas 

Kepada yang ingin jadikan nanas sebagai salah satu lauk sampingan, acar timun nanas antara yang paling mudah disediakan. Resepi ini tidak rumit dan mengambil masa yang singkat untuk dihasilkan. Campurkan bahan asas iaitu timun (dipotong pendek), bawang merah, cili merah, gula merah, garam dan cuka mengikut kuantiti hidangan yang dimahukan.  

Kemudian gaulkan bersama nanas yang sudah dipotong kecil-kecil dan jika ada bijan, taburkan sedikit di permukaan atas. Siap!  - Getaran, 29 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET