web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PH Sekongkol Dengan DAP Retorik Raih Undi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 1:35PM

Mahfuz berkata tuduhan PH bersekongkol dengan DAP adalah tuduhan yang dicetuskan sebagai ‘kata-kata indah’ bagi meraih sokongan orang Melayu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Tuduhan bahawa Pakatan Harapan (PH) bersekongkol dengan DAP adalah retorik politik Melayu yang dimainkan sejak dahulu dan tidak berkesudahan hingga kini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mahfuz Omar berkata, tuduhan ini dicetuskan sebagai ‘kata-kata indah’ bagi meraih sokongan orang Melayu.

Justeru, katanya, pihak terbabit mengeluarkan pelbagai tuduhan kepada lawan yang berkawan dengan DAP.

“Itulah retorik politik Melayu dari dulu sampai sekarang. Mahu tarik sokongan Melayu, mesti tuduh pihak lawan yang berkawan dengan DAP dengan pelbagai tuduhan.

“Bahan tidak ada, hanya main wayang sahaja. Ianya adalah retorik penunggang bangsa dan agama untuk mendapat sokongan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

Menerusi hantaran itu, Mahfuz memetik perjalanan politik membabitkan Barisan Nasional (BN), PAS, PH dan DAP sejak dahulu, termasuk sehingga pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini.

“Dulu bila Anwar dipecat dari UMNO, beliau berjaya menyatukan pembangkang. PAS pun berkawan dengan DAP. UMNO tuduh PAS jadi ‘kuda tunggangan’ DAP.

“Lepas itu Muhyiddin dipecat daripada UMNO dan sertai PH. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkawan dengan DAP. UMNO tuduh BERSATU jadi ‘khadam’ DAP.

“Sekarang BN kalah teruk dan bentuk kerajaan bersama PH. UMNO pun berkawan dengan DAP. PAS dan BERSATU pula tuduh UMNO jadi boneka DAP,” ujarnya.

Mahfuz menyimpulkan bahawa PAS, BERSATU dan UMNO turut terlibat menjadi boneka DAP.

“Kitaran ini telah sempurna. PAS, Bersatu dan UMNO semunya pernah jadi kuda tunggangan, khadam dan boneka DAP,” katanya.

Terdahulu, Mahfuz yang menyandang kerusi Parlimen Pokok Sena selama empat penggal, tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Ahmad Yahaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, memperoleh 52,275 undi, berbanding Mahfuz dengan 20,524 undi.- Getaran 30 November

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad