web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GRS Sertai Kerajaan Perpaduan, Majoriti Cecah 2/3 Wakil Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 12:57PM

Pengesahan penyertaan tersebut dibuat Datuk Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kukuh apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan akan menyertai kerajaan tersebut.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri berkata, pengesahan tersebut dibuat Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS.

“Ini bermakna kekuatan induk kita yang saya umumkan semalam termasuk GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan sekarang GRS, menunjukkan kita hampir atau sudah mencecah dua pertiga Ahli Parlimen.

“Ia akan memperkukuhkan kestabilan politik negara dan boleh menumpukan perhatian kepada kerja kita untuk mengangkat martabat negara, memperkukuhkan ekonomi dengan maksud untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena hari pertamanya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Setakat ini, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar disertai oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GPS, GRS dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Semalam, Anwar turut mengajak Perikatan Nasional (PN) mendukung kerajaan perpaduan yang ditubuhkan hari ini.

Beliau berkata, saranan itu dibuat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia.

Awal hari ini, PAS memaklumkan akan membincangkan tawaran Anwar untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pimpinannya dengan parti komponen lain dalam PN.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS menzahirkan ucapan terima kasih terhadap Anwar berhubung tawaran tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS turut akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat terutama pengundinya berhubung kerjasama itu. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan