web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siri HONOR 400 Tampil Dengan Teknologi Pengimejan AI Generasi Baharu

Kehebatan teknologi AI generasi baharu ini membolehkan pengguna merakam dan menghasilkan imej terbaik, malah ia juga mampu milik

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2025 5:34PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama teknologi global HONOR layak diberi pujian apabila melancarkan Siri HONOR 400 yang menampilkan teknologi pengimejan AI generasi baharu. 

Siri yang dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei lalu ini menampilkan ciri-ciri setaraf flagship, dan ketahanan luar biasa terus di hujung jari anda. 

Bermula dari hanya RM1,899 hingga RM2,699, Siri HONOR 400 menawarkan nilai hebat yang menjadikan teknologi canggih lebih mampu milik untuk semua. 

Sama ada merakam gambar potret menarik, landskap menakjubkan atau aktiviti harian, siri ini bukan sekadar telefon biasa, ia juga studio fotografi peribadi yang sedia merakam dunia dari sudut baharu.

Ini adalah fakta spesifikasi kamera dan kemampuan AI yang anda mesti tahu untuk Siri HONOR 400.

1) Kamera AI Berkuasa Dan Versatil

Untuk memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa kepada pengguna, Siri HONOR 400 dilengkapi dengan Kamera Utama Super Sensing 200MP, sensor besar 1/1.4 inci, apertur f/1.9, serta penstabilan dwi OIS+EIS bagi menghasilkan gambar jelas walaupun dalam pencahayaan rendah. 

Ia turut disokong Kamera Ultra-Lebar & Makro 12MP untuk merakam pemandangan lebih luas. Sebagai tambahan, HONOR 400 Pro menampilkan Kamera AI Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, zum optikal 3x dan OIS, membolehkan tangkapan zum lebih tajam dan terperinci.

KKedua-dua peranti ini dilengkapi Kamera Swafoto Potret 50MP dengan apertur f/2.0, yang dikuasakan oleh algoritma potret canggih HONOR bagi menghasilkan swafoto berkualiti profesional dengan perincian yang tajam dan warna seakan hidup.

2) Gabungan Pengimejan AI Generasi Baharu Dan Spesifikasi Kamera Bertaraf Flagship  

Pengalaman fotografi Siri HONOR 400 dikuasakan oleh AI HONOR Image Engine yang memperkenalkan sistem kamera pintar bagi meningkatkan kualiti fotografi mudah alih. 

Ciri AI Super Zoom dalam versi Pro menyokong telefoto yang dikuasakan oleh AIGC dengan kebolehan zum 15x hingga 50x, sesuai untuk merakam pemandangan jauh seperti alam semula jadi atau landskap bandar. 

Versi standard pula telefon pintar pertama dalam industri dengan kebolehan zum telefoto 30x menggunakan kamera utama.

Bagi menghasilkan imej potret berkualiti studio, Siri HONOR 400 didatangkan dengan AI Portrait Snap yang mengekalkan keperincian dan kejelasan walaupun menangkap pergerakan menggunakan mod potret di waktu siang. 

Harcourt Portrait 2.0 pula menawarkan pilihan kreatif kepada pengguna untuk merakam potret dengan kesan cahaya dan bayang, dan bokeh secara artistik. 

Ciri ini juga menawarkan enam filter Film Simulation, beserta tiga mod Harcourt Studio yang sedia ada. 

HONOR 400 Pro juga dilengkapi dengan ciri tambahan AI Enhanced Portrait, untuk menghasilkan potret ultra-definisi tinggi dengan warna sebenar yang menyerlah. 

3) Teknologi AI Image To Video Yang Menerajui Industri 

Siri HONOR 400 membolehkan pengguna mengabadikan detik penting secara lebih kreatif melalui alat penyuntingan AI termasuk ciri canggih AI Image to Videoyang dibangunkan bersama Google Cloud. 

Ciri ini paling mengujakan, di mana ia mampu menukar gambar statik menjadi video pendek berdurasi lima saat. 

Sesuai untuk mereka yang sentiasa berkongsi sesuatu di platform sosial media, dan tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

4) Ciri-Ciri AI Editing Inovatif Lain

Ciri HD Moving Photo menyimpan tiga saat berharga dalam bentuk gambar bergerak, membolehkan pengguna berkongsi atau menyunting ciapan sinematik di platform sosial. 

HONOR turut memperkenalkan Moving Photo Collage, ciri yang pertama seumpamanya untuk membolehkan pengguna gabungan 2 hingga 9 gambar bergerak menjadi kisah visual yang dinamik.

Di samping itu, Siri HONOR 400 menyediakan beberapa penyuntingan gambar lanjutan seperti AI Eraser 2.0, AI Erase Passer-by, AI Remove Reflection dan AI Outpainting. 

Untuk peningkatan kualiti imej, kedua-dua peranti menampilkan AI Upscale, AI Cutout dan AI Face Tune, semua ini menjadikan Siri HONOR 400 alat fotografi mudah alih yang berkuasa.

Siri HONOR 400 tersedia dalam tiga variasi. 

HONOR 400 Pro didatangi dengan RAM 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dan storan 512GB pada harga RM2,699, dalam warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.

HONOR 400 pula hadir dalam dua konfigurasi iaitu RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada harga RM1,899, atau 512GB pada RM2,199. 

Kedua-duanya tersedia dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.

Siri HONOR 400 akan mula dijual di kedai seluruh negara bermula 30 Mei 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/. - Getaran, 16 Jun 2025

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN