web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

Jika menguruskan kewangan dengan sendiri bukan ‘kepakaran’ anda, sudah semestinya memerlukan bantuan lain

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2024 1:38PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda menyemak akaun bank asebelum hari gaji dan berfikir, "Hah! adakah saya benar-benar berbelanja sebanyak itu?" Sejujurnya, ramai di antara kita pernah berfikir sebegini gara-gara gagal mengawal nafsu dalam berbelanja. 

Walaupun anda mungkin punya alasan untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri, tetapi adakah ia benar-benar diperlukan? Anda seharusnya bijak membelanjakan pendapatan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini. 

Paling penting, anda perlu mempunyai dana untuk menghadapi situasi kecemasan. 

Jika menguruskan kewangan dengan sendiri bukan ‘kepakaran’ anda, sudah semestinya memerlukan bantuan lain. Jika tidak tahu bagaimana untuk bermula dan perlukan bantuan untuk memastikan semuanya direkod dengan baik, apa kata cuba muat turun aplikasi pengurusan wang di telefon pintar anda. 

Aplikasi belanjawan ini mudah digunakan dan mesra pengguna. Rancang, rekod, semak dan berjimat!

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan anda memindah dan menerima wang sesama individu yang berada dalam ‘network’ anda. Boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan iOS.

1. Monefy 

Mempunyai penampilan (surface) yang sangat menarik serta mudah digunakan sehingga membuat ramai yang rasa tertarik untuk terus menggunakannya. 

Sehingga kini aplikasi yang dibangunkan oleh Aimbity US ini dikatakan cukup popular di kalangan pengguna Android.

Monefy lebih daripada sekadar penjejak wang, ia juga merupakan salah satu aplikasi simpanan terbaik untuk membantu anda menguruskan kewangan. Jejaki perbelanjaan peribadi dan bandingkan dengan pendapatan bulanan sertabajet bulanan. Ini membantu anda untuk berjimat dan lama kelamaan tidak mustahil anda boleh menjadi ‘budget master’.

Setiap kali anda membeli kopi, membayar bil, atau membuat pembelian, anda hanya perlu rekodkan transaksi terbabit- itu sahaja!Ia dilakukan dengan satu klik, tidak perlu mengisi apa-apa kecuali jumlahnya. 

Selain menggunakan fungsi sedia ada, anda juga boleh menambah sendiri kategori perbelanjaan yang dirasakan perlu untuk kegunaan sendiri. Paling penting, aplikasi ini boleh diselaraskan dengan akaun Google Drive dan Dropbox anda!

2. Goodbudget 

Goodbudget menyasarkan untuk memastikan keperluan belanjawan anda berada di landasan yang betul dengan mendigitalkan kaedah yang terbukti dan benar, sistem belanjawan sampul surat. Ini berfungsi dengan membuat sampul surat untuk semua kategori belanjawan anda seperti sewa, barangan runcit, makan di luar, percutian dan lain-lain. Selepas itu, anda peruntukkan wang dalam setiap sampul untuk dibelanjakan berdasarkan kategori.

Aplikasi ini bukan sahaja mempunyai ciri untuk membantu anda menjimatkan dan merancang perbelanjaan besar, ia membolehkan anda menyelari dan berkongsi belanjawan dengan keluarga dan rakan supaya keseluruhan kumpulan sosial anda boleh berusaha ke arah matlamat kewangan.

Goodbudget boleh dimuat turun secara percuma di Google Play (Android) dan App Store (iOS)

3. Spendee

Spendee ialah aplikasi belanjawan percuma yang membolehkan anda menjejaki perbelanjaan anda dan mengoptimumkan kewangan anda. Ia amat berguna untuk kegunaan peribadi untuk menjejaki perbelanjaan keluarga dan kumpulan sosial. 

Bukan sahaja Spendee boleh dipautkan ke akaun HSBC atau Maybank anda, semua pembayaran boleh dikategorikan mengikut lokasi juga. Aplikasi ini juga menyokong beberapa mata wang yang berbeza, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk nomad digital dan pengembara. 

Dari segi kebolehgunaan, Spendee adalah antara yang paling fleksibel dengan antara muka yang sangat mesra pengguna.

Jadi tunggu apa lagi? Rancang kewangan anda untuk masa depan yang lebih terjamin. - Getaran, 29 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN