web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Galaxy Tab A9 Kids Edition Untuk Pembelajaran Dan Keseronokan Penuh Imaginasi

Peranti khusus untuk kanak-kanak ini boleh menghindarkan mereka daripada terdedah atau terjebak dengan laman-lamab web yang ‘meracun’ kotak fikiran

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 8:24PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau tidak, ibu bapa kini perlu menerima hakikat bahawa anak-anak dan gajet tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sebahagian daripada gaya hidup. Jika anda cuba memisahkan mereka dari dunia tanpa sempadan ini, ini bermakna anda seorang yang kejam. 

Sebagai ibu bapa anda perlu bijak membuat pilihan. Dengan lambakan peranti yang ada di pasaran, pasti ada pilihan ideal untuk kegunaan anak-anak. 

Salah satunya ialah, Galaxy Tab A9 Kids Edition yang bersedia membawa jiwa-jiwa kecil menyelami dunia imaginasi dan penerokaan yang menyeronokkan selepas seharian bersekolah. 

Bayangkan pulang ke rumah dengan peranti ajaib yang membuka pintu kepada pengembaraan dan peluang pembelajaran yang tidak berkesudahan. Dengan sentuhan menyeronokkan, kanak-kanak boleh membawa diri mereka ke suatu tempat yang jauh, menyelesaikan misteri dan membuka kunci rahsia alam semesta, semuanya dari keselesaan rumah mereka sendiri.

Dengan ‘Samsung Kids’ yang terdiri daripada 18 aplikasi yang siap dimuat naik, ia   menawarkan persekitaran selamat dan menarik untuk kanak-kanak bermain sambil belajar. 

Aplikasi seperti My Little Work Garage, Duplo Marvel, Disney Coloring World dan Toca Kitchen Sushi menyediakan pelbagai jenis aktiviti untuk pembelajaran menyeronokkan, memastikan kanak-kanak mempunyai banyak perkara untuk diterokai. 

Selain itu terdapat juga aplikasi Crocro's Adventure, di mana penjelajah berani boleh meredah hutan untuk bertemu hidupan liar, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dan belajar tentang pelbagai habitat haiwan. 

Lisa's Music Band pula memberi peluang kepada pemuzik cilik mencipta simfoni dengan pancaragam mereka sendiri. Aktiviti ini mengembangkan kreativiti, irama dan koordinasi muzik mereka, di mana ia adalah kemahiran yang penting untuk perkembangan kognitif dan ekspresi diri. 

Satu lagi aplikasi yang bermanfaat ialah Bobby's Canvas yang memberi peluang kepada artis bercita-cita tinggi untuk menyerlahkan kreativiti mereka dan melukis karya agung pada kanvas digital, mengasah kemahiran artistik dan pemahaman tentang warna dan bentuk. 

Pendek kata, Samsung Kids menyediakan persekitaran selamat dan merangsang kanak-kanak untuk meneroka dan belajar, menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak mereka. 

Selain itu, kemudahan ‘Mod Kanak-kanak’ memastikan akses berterusan kepada kandungan yang sesuai dengan umur, memudahkan ibu bapa mengurus pengalaman digital anak-anak mereka. Dengan kata lain, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang apabila mendapati anak-anak mereka terlalu asyik dengan peranti. 

Dengan ciri kawalan ‘parental control’, ibu bapa boleh menetapkan had masa skrin, mengawal akses kepada aplikasi atau tapak web tertentu dan memantau aktiviti dalam talian anak mereka dengan mudah. Ciri ini memastikan keseimbangan pembelajaran dan masa lapang yang sihat.

Jadi Cepat dapatkan Galaxy Tab A9 Kids Edition dengan hanya RM799 sementara stok masih ada! Anda boleh membawa pulang pelbagai cenderahati dengan setiap pembelian. Ini termasuklah Crayon Stylus, Kids Puffy Case, penyesuai perjalanan 15W dan pelekat kanak-kanak yang bernilai RM300 . 

Dengan harga yang berpatutan dan ciri yang komprehensif, Galaxy Tab A9 Kids Edition ialah teman yang sempurna untuk pelajar cilik meneroka, mencipta dan belajar di luar bilik darjah. 

Untuk membeli atau mendapatkan maklumat lanjut tentang Galaxy Tab A9 Kids Edition sila lawati https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a9/buy/  - Getaran, 1 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN