Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

Dari segi penampilan, model ini nampak sedikit kembang dan binaan reka bentuknya tidak terlalu ‘old school’ berbanding kenderaan kategori sama 

Teknovasi Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 8:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekali pandang sahaja, jelas kelihatan model kereta ini sememangnya direka untuk pemandu yang sudah berkeluarga.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru daripada Mercedes-Benz, EQS 580 4MATIC SUV jenis sedan yang dikuasakan oleh elektrik (EV) ini baru sahaja dilancarkan.

Model ini sudah semestinya tergolong dalam kategori EV mewah, seperti Tesla yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Namun terdapat beberapa komponen istimewa pada model ini dan semestinya ia memiliki prestasi kelajuan atau jarak gerak yang agak mantap. Mari lihat spesifikasi yang ditawarkan.

Dari segi penampilan, model ini nampak sedikit kembang dan binaan reka bentuknya tidak terlalu old school berbanding dengan kenderaan lain di bawah kategori sama. Ini kerana ia didatangkan bersama aerodinamik lebih baik dengan penampilan estetika yang lebih inovatif. 

Mercedes masih mengekalkan trademark mereka tanpa membuat sebarang perubahan reka bentuk yang besar. Model ini memiliki bumper depan dengan gabungan grill radiator hitam bersama penggunaan lampu digital LED serta light band, yang dipadankan dengan logo Mercedes-Benz.

Model ini juga dipasang rim aloi-ringan pelbagai jejari AMG 22-inci dengan kemasan hitam berkilat untuk menampakkan nilai eksklusif jenama Mercedes-Benz.

Beralih kepada hiasan dalaman, Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV seakan-akan kenderaan digital. Dengan MBUX Hyperscreen sepanjang 141cm, tiga unit skrin digital iaitu kluster instrumen digital 12.3-inci, paparan tengah 17.7-inci dan paparan 12.3-inci untuk penumpang hadapan, ia memberikan gambaran yang amat futuristik.

Apatah lagi, EQS 590 ini turut dilengkapi dua unit skrin MBUX Rear Seat Entertainment Plus bersaiz 11.6-inci di bahagian belakang kiri dan kanan tempat duduk pemandu bersama sistem audio 15 pembesar suara Burmester bersama sistem Dolby Atmos. Cuba bayangkan bagaimana perasaan anda jika memandu sambil mendengar muzik?  

Menyentuh aspek prestasi, model ini didatangkan bersama dwi-motor yang mampu menghasilkan kuasa kuda 536hp dan tork sehingga 858Nm. Menggunakan bateri jenis lithium-ion, kapasiti kuasa elektrik yang ada pada modle ini islah 108.4 kWh dengan jarak gerak antara 515 hingga 615 untuk sekali cas.

Buat makluman, baterinya boleh dicas melalui pengecas AC 22kW dari kosong peratus hingga 100 peratus dalam masa lima jam 30 minit sahaja manakala untuk sistem pengecas pantas DC 200 kW pula, ia hanya memerlukan tempoh sepantas 31 minit untuk pengecasan bermula dari bateri di tahap 0 peratus hingga 80 peratus.

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV juga menawarkan mod pemanduan Dynamic Select termasuk Eco, Comfort, Sport dan Individual, selain mengekalkan ciri OffRoad.

Antara ciri asas lain yang ada pada Mercedes ini adalah 10 darjah stereng gandar belakang bagi memberikan pergerakan lebih berkesan. Seperti biasa, ia juga sarat dengan perincian keselamatan seperti kamera 360 darjah, fungsi brek kecemasan dan sistem ABS, tujuh beg udara, Sistem Pengesan Pejalan Kaki, Paparan Titik Buta dan beberapa ciri lain.

Di samping itu, Driving Assistance Package Plus juga menawarkan Distronic Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, Evasive Manoeuvre Support, PRE-SAFE® Impulse Side, serta deria belakang.

Model ini boleh dimiliki pada harga bermula RM699,888. - Getaran, 30 Oktober 2023

Sumber Foto: Izwan Ramlan

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

4

Teknovasi 7 bulan yang lalu

Papan Tanda Tesla Sudah Digantung Di Cyberjaya, Besar Dan Menyerlah!

Sorotan

1

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

2

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

3

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

4

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

5

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

6

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 6 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN