web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Model Kenderaan Aston Martin Muncul Dalam PUBG Mobile

Kolaborasi antara dunia 'game' dan automotif ini menyediakan tiga model Aston Martin yang pasti membuat anda teruja

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 9:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah agak lama Getaran tidak menyiarkan perkembangan terkini permainan dalam talian yang masih memiliki ramai pengikut iaitu PUBG Mobile (PUBG). Jika sebelum ini kami pernah berkongsi tentang gabungan PUBG dan animasi Dragon Ball, kali ini PUBG mengumumkan pula penampilan kenderaan mewah Aston Martin.

Pengumuman ini mengujakan pemain berikutan penampilan tiga model Aston Martin dalam permainan Battle Royale dengan warna eksklusif yang boleh digunakan sehingga 13 September 2023.

Kombinasi ini memperlihatkan gabungan dunia permainan video dan automotif untuk menghasilkan penambahan ciri-ciri yang hebat dan begitu kreatif. Secara tidak langsung jenama kenderaan mewah ini semakin dikenali ramai dan menjadi satu bentuk promosi yang sangat meluas.

Tiga model dimaksudkan adalah DBX707 berwarna Quasar Blue atau Neon Purple dan Aston Martin Valkyrie dengan warna Luminous Diamond. Sebuah model lagi ialah DBS Volante dengan warna Black-Bronze Satin dan Celestial Pink, serta satu warna misteri.

Mengambil inspirasi kenderaan sebenar, model DBX707 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mempunyai empat tempat duduk. Model Valkyrie pula ialah kereta sport hibrid manakala DBS Volante pula berada di bawah kategori grand tourer (kereta perjalanan jauh). Kedua-duanya adalah kenderaan dua pintu dengan dua tempat duduk

Kepada pengikut dan penggemar PUBG, semua kenderaan ini boleh dicari dan dipandu oleh pemain menuju ke lokasi dikehendaki. 

Sedia maklum PUBG sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android secara percuma, maka kepada penggemar permainan dalam talian telefon pintar, alami pengalaman terbaharu dengan kemunculan kereta Aston Martin ini sementara masih ada. Ia pasti mengujakan! - Getaran, 6 September 2023

Sumber Foto : PUBG.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN