web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang Menang Vespa Sempena #GoProRaya!

GoPro Malaysia menawarkan hadiah utama bernilai RM18,000 dengan pembelian HERO9 Black atau GoPro MAX.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 8:39AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih lagi dalam mood raya, bergaya dengan Vespa sepanjang Syawal ini sempena #GoProRaya Vespa Giveaway oleh GoPro Malaysia. 

Dengan pembelian mana-mana HERO9 Black atau GoPro MAX, anda berpeluang memenangi Vespa Sprint yang berharga RM18,000! 

Dalam masa terhad, jangan lepaskan peluang membeli HERO9 Black yang berharga RM1,899 seunit (harga biasa RM2,099 seunit). Kamera ini adalah edisi terbaharu dalam keluarga kamera kalis air HERO keluaran GoPro.

Kualiti rakaman video mencecah resolusi 5K dengan 20MP untuk foto. Paling menarik, terdapat dua layar sesentuh LCD (hadapan dan belakang) untuk sesi swafoto serta aksi. HERO9 Black memiliki bateri yang lebih tahan lama sehingga 30% lebih tahan daripada biasa.

HERO9 Black turut dilengkapi penstabilan Hypersmooth 3.0 dengan teknologi Horizon Leveling yang menjanjikan rakaman lancar tanpa sebarang goncangan. Lensa kamera hadapan turut boleh ditanggalkan untuk sesi simpanan yang lebih selamat. 

Jika kamu tercari-cari kamera yang boleh menangkapi pusingan aksi 360 darjah, GoPro MAX ialah pilihan sempurna. Kamera dengan fungsi tiga dalam satunya boleh digunakan sebagai kamera 360 darjah, vlogging atau sebagai kamera GoPro konvensional. 

Datang dengan alat kawalan jauh pintar percuma (berharga RM379 seunit di pasaran), GoPro MAX berharga RM2,310 seunit (dalam masa terhad). Ia memiliki ciri-ciri penstabilan dengan teknologi Max HyperSmooth, rakaman video 6K dan kalis air sehingga kedalaman 5m paras laut. 

“Ini tawaran istimewa sempena Hari Raya! HERO9 Black dan GoPro MAX memiliki kamera aksi yang tahan lasak dengan kelebihan resolusi tinggi dan teknologi penstabilan terbaik!” ucap Rick Loughery, Timbalan Presiden Pemasaran Global GoPro. 

BAGAIMANA UNTUK SERTAI?

Anda hanya perlu membeli sama ada HERO9 Black atau GoPro MAX di mana-mana rangkaian pengedar rasmi GoPro di Malaysia sepanjang musim perayaan ini (sehingga 31 Mei). 

Selepas pembelian, anda hanya perlu lampirkan bukti resit pembelian, nombor siri kamera dan kongsi ciri-ciri yang paling anda suka tentang kamera GoPro terbaharu anda itu tadi.

Klik #GoProRaya Vespa Giveaway untuk menyertai. Layari GoPro Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Semoga berjaya dan Selamat Hari Raya! – Getaran, 19 Mei 2021

Semua gambar: GoPro Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Hero 12 Black, Peranti Kecil Berciri Besar

2

2 tahun yang lalu

Siapa Kata Vespa Tak Laju? Belum Cuba Belum Tahu!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Konvoi Vespa Gegarkan Johor, 200 Vesparian Berkumpul Raikan Hari Malaysia

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hero11 Black, Padat Dengan Pelbagai Ciri-Ciri Menarik Dalam Pakej Kecil

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN