web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#RayaPKP2021: Gaya Raya Artis Tak Kalah Meriah!

Meski PKP3, artis-artis tempatan kita tak berhenti melaram! Jom intai persalinan-persalinan dan busana raya mereka kala pandemik tahun ini.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3) dan wabak COVID-19 yang membadai negara, tiada menghalang mahupun mematahkan semangat selebriti-selebriti tempatan untuk melaram sakan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Memasuki tahun kedua wabak, sambutan raya tahun ini kelihatan lebih meriah berbanding tahun lalu. Sekurang-kurangnya kita semua masih boleh bergerak bebas dalam daerah masing-masing dan sambut raya seisi keluarga di dalam kediaman yang sama, berbanding tahun lalu.

Busana raya tahun ini juga meriah dengan warna-warna seperti ungu, biru, putih dan hitam. Nampaknya, rona hitam paling dominan pada tahun ini. Berikutan pelaksanaan PKP3.0, mungkinkah kita semua secara tidak sengaja mengambil tema berkabung? Boleh jadi, bukan?

Baiklah, tanpa membuang masa, mari kita cuci mata melihat persalinan-persalinan, busana raya serta #OOTDRaya artis-artis tempatan menyambut raya di kala #PKPRaya2021, seperti berikut:


Gambar Instagram Siti Nurhaliza
Gambar Instagram Siti Nurhaliza

Dato Seri Siti Nurhaliza dan suami memilih warna biru muda untuk keluarga kecil mereka lebaran kali ini.

Gambar Instagram Hael Husaini
Gambar Instagram Hael Husaini

Manakala Hael Husaini memilih rona ungu untuk diri serta anak-anaknya.

Gambar Instagram Fattah Amin
Gambar Instagram Fattah Amin

Pasangan cantik dan tampan yang baru bergelar ibubapa Fazura dan Fattah Amin kelihatan manis dalam rona merah jambu bersama anak mereka Fatima.

Gambar Instagram Awal Ashaari
Gambar Instagram Awal Ashaari

Awal dan Scha sekeluarga pula memilih hitam dan putih untuk raya tahun ini.

Gambar Instagram Amyra Rosli
Gambar Instagram Amyra Rosli

Pasangan sepadan Amyra Rosli dan suami Amar Baharin pula membuktikan hitam memang menawan untuk Aidilfitri ini.

Gambar Instagram Ernie Zakri
Gambar Instagram Ernie Zakri

Masih wangi aroma nasi minyak pasangan pengantin baru Syamel dan Ernie Zakri yang memilih rona ungu dan pastel.

Gambar Instagram Neelofa
Gambar Instagram Neelofa

Pengantin paling popular tahun 2021, Neelofa dan suaminya PU Riz kelihatan manis dalam rona biru gelap.

Gambar Instagram Intan Najuwa
Gambar Instagram Intan Najuwa

Intan Najuwa kelihatan ayu dalam songket berwarna ungu.

Gambar Instagram Daiyan Trisha
Gambar Instagram Daiyan Trisha

Sekali imbas seperti pengantin, Daiyan Trisha kelihatan anggun dengan layah putih bersama kebaya moden berona vanila ini.

Gambar Instagram Hun Haqeem
Gambar Instagram Hun Haqeem

Ringkas namun tetap segak, Hun Haqeem dalam baju melayu teluk belanga berona hijau. 

Gambar Instagram Wany Hasrita
Gambar Instagram Wany Hasrita

Wany Hasrita manis dan ayu dalam warna biru muda. 

Gambar Instagram Nabila Razali
Gambar Instagram Nabila Razali

Nabila Razali cantik dalam busana merah menyala.

Gambar Instagram Aniq Suhair
Gambar Instagram Aniq Suhair

Bekas finalis Hero Remaja 2020 dan pelakon baru Aniq Suhair kelihatan ringkas dan kacak dalam baju melayu berwarna biru muda.

Gambar Instagram Little Miss Khan
Gambar Instagram Little Miss Khan

Adik kepada selebriti sensasi Neelofa, Ameera Khan juga memilih warna biru lebaran ini.

Gambar Instagram Iman Troye
Gambar Instagram Iman Troye

Si kecil molek Iman Troye juga memilih hitam putih sebagai warna rayanya tahun ini.

Semoga tahun hadapan kita bebas dari wabak ini dan dapat bergaya di musim lebaran dengan lebih meriah! - Getaran, 18 Mei 2021. 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN