web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konvoi Vespa Gegarkan Johor, 200 Vesparian Berkumpul Raikan Hari Malaysia

Acara ini turut meraikan perhimpunan tahunan Hari Vespa Malaysia bagi tahun ke-3 yang diberi nama Malaysia Vespa Festa 2023

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 9:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menunggang jentera dua roda tanpa rantai dikenali sebagai Vespa merupakan satu pengalaman yang lain daripada yang lain buat penulis. Kelajuannya ‘boleh tahan’ juga. Serasa muka penulis bagai ‘ditampar’ angin kencang ketika menyertai konvoi minggu lalu.

Penulis ketika itu berpeluang menyertai sebuah konvoi bersama ahli Vespa yang digelar Vesparian sempena Hari Malaysia.

Perjalanan bermula dari Motoplex Petaling Jaya menuju ke Johor Bahru sebagai destinasi utama dan konvoi ini melibatkan hampir 50 motosikal yang diatur oleh Vespa Club Malaysia dengan sokongan daripada pengedar rasmi Piaggio, Didi Group. 

Berkumpul sekitar jam 11 di Motoplex Petaling Jaya sebelum konvoi bertolak ke Johor Bahru
Berkumpul sekitar jam 11 di Motoplex Petaling Jaya sebelum konvoi bertolak ke Johor Bahru

Selain itu, acara yang diadakan selama tiga hari dua malam ini turut meraikan perhimpunan tahunan Hari Vespa Malaysia bagi tahun ke-3 yang diberi nama Malaysia Vespa Festa 2023. Tahun sebelumnya, aktiviti ini berlangsung di The Lost World of Tambun, Perak dan Kuantan, Pahang.

Konvoi mula bergerak pada jam 11 pagi, dan ia dimeriahkan dengan bunyi bingit hon sebagai menandakan acara sudah bermula.

Sepanjang perjalanan, cuaca agak panas dan menunjukkan petanda baik untuk konvoi
Sepanjang perjalanan, cuaca agak panas dan menunjukkan petanda baik untuk konvoi

Alhamdulillah cuaca agak baik dan panas sepanjang perjalanan. Cuaca sebegini adalah petanda baik dan amat diharapkan oleh penunggang jentera roda dua ini, kerana permukaan jalan lebih mencengkam tayar dan tidak licin.

Namun ketika hampir masuk ke kawasan Pagoh, hujan turun seketika, tetapi tiada sebarang kejadian tidak diingini yang berlaku.

Pertambahan penunggang juga dapat disaksikan sejurus sahaja kami berhenti rehat dan mengisi petrol di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh dan Machap. 

Gabungan kumpulan dari Vespa Melaka, Negeri Sembilan dan Johor turut menyertai konvoi bermula di R&R Ayer Keroh dan Machap
Gabungan kumpulan dari Vespa Melaka, Negeri Sembilan dan Johor turut menyertai konvoi bermula di R&R Ayer Keroh dan Machap

Peserta tambahan itu adalah ahli kumpulan Vespa Melaka,Negeri Sembilan dan Johor. 

Semangat setiakawan mereka begitu terserlah apabila sanggup menunggu ketibaan kami.

Sungguhpun penulis tidak mengenali sebahagian besar Vesparian, namun mereka semua mudah dirapati dan sangat mesra dengan pendatang baharu. 

Model terbaharu Vespa GTV 300 turut diuji dalam konvoi kali ini
Model terbaharu Vespa GTV 300 turut diuji dalam konvoi kali ini

Konvoi berkenaan turut melibatkan penyertaan model baharu vespa iaitu Vespa GTV 300 yang telah diuji oleh beberapa penunggang. Besar, berani, bergaya dan cukup pantas malah kelainan yang ketara pada model ini dapat dilihat menerusi kedudukan bahagian lampu bulat depan yang berada di atas fender, bukan pada pemegang bar (nantikan ulasan lanjut penulis untuk model ini).

Setelah menempuh perjalanan hampir 352 kilometer, kami akhirnya tiba di Sunway Big Box yang terletak di Iskandar Puteri.

Seramai 200 penunggang Vespa dari Kedah, Ipoh, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Pantai timur, Seremban, Melaka dan Johor
Seramai 200 penunggang Vespa dari Kedah, Ipoh, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Pantai timur, Seremban, Melaka dan Johor

Tepat pada jam 5 petang keesokan hari, lebih daripada 200 penunggang Vespa daripada Kedah, Ipoh, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Pantai timur, Seremban, Melaka and Johor sudah berkumpul di pekarangan hotel dan sudah bersedia untuk meneruskan konvoi sesi kedua.

 Sesi konvoi kedua menghala ke Motoplex Johor Bahru
Sesi konvoi kedua menghala ke Motoplex Johor Bahru

Untuk sesi ini, penunggang diarahkan untuk bergerak ke Motoplex Johor Bahru, Taman Stulang Laut Johor Bahru bagi meraikan acara kemuncak. Ada yang hadir bersama rakan-rakan menyertai konvoi tersebut.

Sepasang suami isteri yang berkongsi minat terhadap jentera Vespa dan menyertai konvoi bersama-sama secara berasingan
Sepasang suami isteri yang berkongsi minat terhadap jentera Vespa dan menyertai konvoi bersama-sama secara berasingan

Apa yang menarik, konvoi ini turut disertai penunggang wanita. Malah terdapat sepasang suami isteri yang menunggang Vespa secara berasingan untuk hadir ke acara ini.

Sepasang suami isteri yang berkongsi minat terhadap jentera Vespa dan menyertai konvoi bersama-sama secara berasingan
Sepasang suami isteri yang berkongsi minat terhadap jentera Vespa dan menyertai konvoi bersama-sama secara berasingan

Sepanjang perjalanan, kami dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan Johor Bahru, termasuk Stadium Sultan Ibrahim dan pekarangan pintu Istana Sultan Johor untuk bergambar.

Ia adalah bukti kami sudah menjejakkan kaki di bandaraya itu!

Danny bersama Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee (tengah) dan Vesparian lain sebelum bertolak ke Motoplex Johor Bahru
Danny bersama Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan Chow Wee (tengah) dan Vesparian lain sebelum bertolak ke Motoplex Johor Bahru

Menurut Presiden Vespa Club Malaysia, Danny Saadin, dia bersyukur kerana acara ini berjaya mencapai objektif perancangan iaitu mengumpulkan pemilik Vespa di Johor Bahru.

“Alhamdulillah, rancangan yang dibuat untuk acara kali ini tercapai. Kita dapat sokongan daripada rider, termasuk pihak media.

“Dalam acara ini, kita boleh nampak gabungan model klasik dan di bawah nama Vespa,” jelasnya yang turut menunggang Vespa dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru.

Danny berharap komuniti Vespa akan terus berkembang maju di Malaysia
Danny berharap komuniti Vespa akan terus berkembang maju di Malaysia

Danny berharap komuniti Vespa akan terus berkembang maju di Malaysia dan dapat menggabungkan semua penunggang Vespa sama ada model klasik atau moden.

“Harapan saya pada tahun depan, saya nak tengoklah fenomena ini lebih berkembang. Maksud saya tidak ada kasta antara model klasik dan moden, kita boleh lepak dan berhibur sekali. Vespa adalah tentang komuniti,” katanya.

Danny turut menasihatkan individu yang berniat untuk memiliki Vespa agar menabung terlebih dahulu.

Vesparian di pekarangan pintu Istana Sultan Johor
Vesparian di pekarangan pintu Istana Sultan Johor

“Vespa ini harga agak premium sikit, jadi nasihat saya pada anak muda yang berminat, boleh mula menabung dan percayalah anda tidak akan menyesal memilikinya. Tunggang Vespa atas dasar minat bukan sebagai status,” tambahnya.

Penulis bersama salah seorang penunggang wanita yang sama-sama berkonvoi secara individu dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru
Penulis bersama salah seorang penunggang wanita yang sama-sama berkonvoi secara individu dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru

Penulis yang sudah menyertai acara Vespa untuk tahun ke-2 ini mengakui bahawa Vespa ini bukan semata-mata motosikal jenis skuter yang dijadikan sebagai simbol status. 

Ia adalah sebuah komuniti yang aktif dan bersifat kekeluargaan. Secara peribadi, ini ialah kenangan yang indah buat penulis. - Getaran, 23 September 2023

Sumber Foto: Izwan Ramlan dan Motoplex Petaling Jaya

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi