Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hero11 Black, Padat Dengan Pelbagai Ciri-Ciri Menarik Dalam Pakej Kecil

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 1:07PM

Kehadiran GoPro Hero11 Black dengan pelbagai ciri-ciri menarik memudahkan pembuat kandungan media sosial berkarya. – Gambar GoPro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak kenal dengan GoPro, kamera kembara yang menjadi teman kepada penggemar aktiviti lasak sejak 2004, empat tahun selepas syarikat itu ditubuhkan, bermula dengan versi awal yang menggunakan filem 35mm sehinggalah ke era digital sekarang.

Selepas 20 tahun, pastinya peminat kamera kembara lasak kompak ini mahukan sesuatu yang mampu memberi pulangan wang tunai yang lebih baik.

Walaupun saban tahun GoPro berjaya membangunkan pelbagai ciri-ciri menarik, namun peminat sentiasa dahagakan sesuatu yang lebih dan terus menanti apakah ciri-ciri baharu yang mampu dibina oleh pembuat kamera berkenaan.

GoPro Hero11 Black memudahkan pembuat kandungan untuk menghasilkan visual yang lebih berkualiti. – Gambar oleh Mohd Hazli Hassan
GoPro Hero11 Black memudahkan pembuat kandungan untuk menghasilkan visual yang lebih berkualiti. – Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Tahun ini, dengan meneruskan rekabentuk sama dengan aksesori masih boleh guna bermula dari model Hero9, pelancaran siri GoPro Hero11 Black baru-baru ini memberikan satu nafas baharu kepada peminat kamera tersebut dan juga aktivis fotografi selain peminat sukan luar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GoPro, Nick Woodman dalam kata-kata aluan kepada media semasa pelancarannya baru-baru ini bersemangat kerana GoPro mampu sampai ke peringkat sekarang di mana saban tahun dilancarkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang setanding dengan kamera yang lebih besar dan kompleks.

Menganggap GoPro Hero11 Black sebagai ‘Beast’ dalam pakej yang kecil, Woodman melihat Hero11 mampu membantu pengguna kamera kompak kembara lasak itu untuk menghasilkan visual yang lebih kreatif dan menarik walaupun mereka tidak tahu apa-apa mengenai fotografi mahupun videografi.

Bersaiz kompak, GoPro Hero11 mampu digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk 10 meter di dalam air tanpa bekas kalis air. – Gambar GoPro
Bersaiz kompak, GoPro Hero11 mampu digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk 10 meter di dalam air tanpa bekas kalis air. – Gambar GoPro

Dan kata-kata beliau terbukti benar kerana pelancaran siri Hero11 Black ini menyaksikan ia dipadatkan dengan ciri-ciri menarik yang tidak dapat difikirkan dek akal kerana mampu ‘disumbatkan’ ke dalam kamera seberat 153 gram dengan saiz sekitar dua kotak mancis ini.

Siri yang dilancarkan di Malaysia baru-baru itu termasuk GoPro Hero11 Black yang sudah berada di pasaran pada harga RM2,399; Hero11 Black Creator Edition (RM3,399) dan Hero11 Black Mini yang akan mula dijual pada 25 Oktober akan datang dengan harga RM1,979.

Paling menarik, siri Hero11 ini mempunyai banyak ciri-ciri baharu termasuk sensor yang lebih besar dengan saiz 1/1.9 inci berbanding 1/2.3 inci pada Hero10 bagi membolehkan nisbah bidang 8:7 dihasilkan dengan format menegak.

Melalui sensor besar itu, siri Hero11 turut dipadatkan dengan lebih lebih 1 bilion warna dalam kedalaman warna 10-bit pada resolusi sehingga 5.3K dengan 60 bingkai sesaat (FPS) selain 27 megapiksel bagi foto yang dirakam untuk menghasilkan imej berkualiti dan nyata.

Melalui Hero11 itu juga, anda pasti tidak akan terlepas detik untuk rakaman imej berkualiti tinggi disebabkan tangkap layar melalui rakaman video resolusi 5.3K akan memberikan kualiti 24.7 megapiksel.

Creator Edition dilengkapi aksesori yang membolehkan creator menghasilkan visual dengan lebih mudah. – Gambar GoPro
Creator Edition dilengkapi aksesori yang membolehkan creator menghasilkan visual dengan lebih mudah. – Gambar GoPro

Menariknya, Hero11 bukan sahaja menarik hanya pada spesifikasi yang ditawarkan tetapi juga kepada ciri-ciri yang dipadatkan di dalam saiz yang kompak tanpa perlu melakukan penyuntingan di peranti lain.

Mungkin kita pernah melihat rakaman video perlumbaan MotoGP yang diambil melalui kamera di atas motor pelumba ketika mereka mengambil selekoh dengan darjah kecondongan melebihi 60 peratus – rekod MotoGP dipegang Marc Márquez yang berjaya ‘meleper’ sehingga 70 peratus – tetapi video yang dipaparkan tetap mendatar.

Kini pengguna Hero11 juga boleh melakukan perkara yang sama di mana walaupun kamera berkenaan dipusingkan sehingga 360 darjah, ufuk tetap dikekalkan dan kini lebih menarik, ia boleh dilakukan dengan mod Linear bersama kualiti video 5.3K, 30 FPS.

Pusing la ke mana-mana kamera tersebut, Horizon Lock akan memberikan rakaman padu tetap pada visual yang anda inginkan.

Horizon Lock ini turut dipadankan dengan teknologi HyperSmooth 5.0 terbaharu, teknologi penstabil dengan kelas Anugerah Emmy yang memberikan satu rakaman yang lancar dan stabil.

Selain itu, mereka yang merupakan pembina kandungan media sosial akan turut gembira dengan penghasilan Hero11 kerana kini mereka boleh menghasilkan satu rakaman menarik ‘straight out of the camera’ tanpa perlu menggunakan peranti lain.

Hero11 Black Mini akan mula dipasarkan di pasaran Malaysia pada 25 Oktober akan datang. – Gambar GoPro
Hero11 Black Mini akan mula dipasarkan di pasaran Malaysia pada 25 Oktober akan datang. – Gambar GoPro

Ini termasuk menggunakan teknologi TimeWarp 3.0 yang boleh dirakam dengan kualiti video 5.3K, satu peningkatan dari sebelum ini yang hanya boleh dirakam dengan kualiti video 4K.

Malah, kini mereka yang menyukai rakaman dalam cahaya rendah atau malam boleh bermain dengan ciri-ciri unik pra tetap Time Lapse termasuk Star Trails, Light Painting and Vehicle Light Trails tanpa perlu menggunakan perisian atau peranti luaran.

Namun semua itu tidak akan berjaya jika tidak mempunyai kuasa bateri yang bagus dan atas kehendak itu, GoPro menghasilkan bateri Enduro yang mampu menambah masa rakaman sehingga 38 peratus.

Sebagai perbandingan, rakaman video kualiti 5.3K dengan bateri Enduro baharu ini mampu menyampai sehingga 80 minit secara terus menerus.

Sebarang maklumat lanjut, peminat kamera kompak kembara lasak itu boleh melawat laman web www.gopro.com untuk mengetahui lebih banyak informasi.

GoPro Hero11 Black dan GoPro Hero11 Black Creator Edition kini sudah mula dijual melalui agen-agen yang sah di seluruh Malaysia. – Getaran, 1 Oktober 2022

Barisan GoPro Hero11 Black yang kini sudah mula memasuki pasaran Malaysia. – Gambar GoPro
Barisan GoPro Hero11 Black yang kini sudah mula memasuki pasaran Malaysia. – Gambar GoPro


Ciri-ciri baharu pada GoPro Hero 11 Black

Sensor lebih besar pada 1/1.9 inci

Kedalaman warna 10-bit 

Hypersmooth 5.0 teknologi dengan 360 darjah Horizon Lock

Kualiti foto pada 27 megapiksel

Sudut lebih lebar dengan Hyperview

Kualiti video sehingga 5.3K

Rakaman Time Warp 3.0

Tetapan Night Effects

Bateri Eduro untuk semua pakej 

Dua pilihan kawalan – Pro dan Easy

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Hero 12 Black, Peranti Kecil Berciri Besar

3

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia