Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perisian Simulasi Robotik GoTechUp Secara Maya Menggabungkan Digitalisasi Dan Pendidikan STEM

Teknologi mesra pengguna yang membantu murid-murid mempelajari subjek robotik dengan kaedah yang menyeronokkan.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 4:26PM

Ainaa berkata (kiri) GoTechUp di SKPD membuktikan bahawa pendidikan STEM adalah untuk sesiapa sahaja dan bukan hanya untuk murid elit. - Gambar Hashimcom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perisian simulasi robotik GoTechUp merupakan program pembelajaran robotik secara maya di bawah pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

Teknologi ini disediakan oleh syarikat Tech Up Sdn. Bhd dan telah dipraktikkan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), Negeri Sembilan.

SKPD mula menggunakan GoTechUp pada 17 April lalu menerusi program yang dilaksanakan setiap bulan sepanjang tahun ini. Dengan melibatkan lebih 600 murid dari tahun 3 hingga 6, Tech Up akan meneruskan kolaborasi pintar ini bersama SKPD. 

Teknologi GoTechUp mengetengahkan konsep pembelajaran kendiri yang membantu murid meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan dan kemahiran pemikiran kritikal bagi membuka minda dan menyesuaikan diri murid terhadap pembelajaran zaman moden ini.

GoTechUp mengetengahkan konsep pembelajaran kendiri yang membantu murid meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan. - Gambar Hashimcom
GoTechUp mengetengahkan konsep pembelajaran kendiri yang membantu murid meningkatkan kemahiran dalam pengaturcaraan. - Gambar Hashimcom

Ia menampilkan teknologi mesra pengguna yang membantu murid-murid mempelajari subjek robotik dengan kaedah yang menyeronokkan. Selain Malaysia, perisian ini juga juga telah digunakan di Australia, Chile, China, Colombia, Perancis, Jepun, Hong Kong, Macau, Filipina, dan Korea Selatan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Tech Up, Ainaa Rosli  berkata, pihaknya teruja kerana SKPD memilih perisian kami dan kita dapat perhatikan lebih ramai pendidik kini terbuka kepada kaedah pembelajaran baharu.

“Kami gembira apabila mendapat maklum balas positif bahawa perisian kami dapat memberi impak yang kami sasarkan, iaitu mengurangkan rasa takut murid dan pendidik terhadap STEM dan pendigitalan.

“Penggunaan GoTechUp di SKPD membuktikan bahawa pendidikan STEM adalah untuk sesiapa sahaja dan bukan hanya untuk murid elit seperti yang difikirkan ramai orang,” katanya. 

Sementara itu, Guru Besar SK Port Dickson, Zuraidah Ahmad bersemangat tinggi untuk memulakan program robotik secara maya. Beliau berharap dengan pengenalan mengenali GoTechUp pada tahun lepas akan membuat pihak sekolah lain di luar sana turut berminat dengan perisian tersebut. 

Sistem ini bukan sahaja menjimatkan kos kerana pembelajaran boleh dilakukan secara maya tanpa robot fizikal, bahkan GoTechUp menjadikan pembelajaran sesuatu yang lebih menyeronokkan. - Gambar Hashimcom
Sistem ini bukan sahaja menjimatkan kos kerana pembelajaran boleh dilakukan secara maya tanpa robot fizikal, bahkan GoTechUp menjadikan pembelajaran sesuatu yang lebih menyeronokkan. - Gambar Hashimcom

Zuraidah turut memaklumkan sistem ini bukan sahaja menjimatkan kos kerana pembelajaran boleh dilakukan secara maya tanpa robot fizikal, bahkan GoTechUp menjadikan pembelajaran sesuatu yang lebih menyeronokkan bagi murid-murid kita untuk dapatkan kemahiran baharu yang kritikal. 

Jadi generasi muda akan siap sedia untuk menempuh alam dunia digitalisasi yang akan ditadbir mereka pada masa akan datang..

Oleh itu, ini merupakan salah satu langkah baik untuk menggabungkan digitalisasi dan pendidikan STEM dalam kalangan generasi muda dalam meningkatkan lagu kaedah pembelajaran mengikut arus semasa. - Getaran, 24 April 2023 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Cetus Minat STEM Si Cilik Dengan Kit Dron Dari Meraque

2

TARA 1 tahun yang lalu

HKL Hospital Pertama Sediakan Pembedahan Penggantian Sendi Lutut, Pinggul Secara Robotik

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

SK Putrajaya Presint 11(3) Lahir Robotik Muda Kebanggaan Negara

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Gaya 5 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 21 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN