Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


HKL Hospital Pertama Sediakan Pembedahan Penggantian Sendi Lutut, Pinggul Secara Robotik

Robot ROSA yang dipinjamkan selama setahun kepada HKL membolehkan 21 pembedahan penggantian sendi dilakukan setakat ini, termasuk 4 kes kompleks yang memerlukan kepakaran sistem komputer navigasi. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 10:27AM

HKL menjadi hospital pertama kerajaan menyediakan perkhidmatan pembedahan penggantian sendi lutut dan pinggul secara robotik kepada pesakit osteoartritis. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini menjadi hospital pertama kerajaan menyediakan perkhidmatan pembedahan penggantian sendi lutut dan pinggul secara robotik kepada pesakit osteoartritis.

Ketua Unit Penggantian Sendi HKL, Dr G. Kunalan berkata perkhidmatan itu disediakan sejak Julai lepas selepas menerima satu unit Robotic Surgical Assistant (ROSA) daripada sebuah syarikat swasta di Amerika Syarikat.

Beliau berkata robot ROSA yang dipinjamkan selama setahun kepada HKL membolehkan sebanyak 21 pembedahan penggantian sendi dilakukan setakat ini, termasuk empat kes kompleks yang memerlukan kepakaran sistem komputer navigasi. 

Ketepatan menempatkan implan di bahagian yang dikehendaki mencapai sehingga 98 peratus berbanding hanya kira-kira 94 peratus jika menggunakan kaedah konvensional. - Gambar Bernama
Ketepatan menempatkan implan di bahagian yang dikehendaki mencapai sehingga 98 peratus berbanding hanya kira-kira 94 peratus jika menggunakan kaedah konvensional. - Gambar Bernama

“Dengan penggunaan robot ini, ketepatan menempatkan implan di bahagian yang dikehendaki boleh mencapai sehingga 98 peratus berbanding hanya kira-kira 94 peratus jika menggunakan kaedah konvensional. 

“Ini sekali gus mengurangkan kesakitan dialami pesakit selepas pembedahan dan berupaya untuk pulih dengan lebih cepat, selain menjadikan implan dibuat bertahan untuk tempoh yang lama,” katanya selepas bengkel pembedahan robotik sendi pertama di hospital itu hari ini.

Dr Kunalan berkata penggunaan robot itu juga membantu pakar bedah merancang pembedahan menggunakan data prapembedahan pesakit daripada imbasan tomografi berkomputer dan sinar-x agar pembedahan dapat dilakukan dengan lebih selamat.

KKM diharap dapat mempertimbangkan mendapatkan robot ini untuk kegunaan pakar di empat hospital yang menyediakan perkhidmatan subpengkhususan ini. - Gambar Bernama 
KKM diharap dapat mempertimbangkan mendapatkan robot ini untuk kegunaan pakar di empat hospital yang menyediakan perkhidmatan subpengkhususan ini. - Gambar Bernama 

“Oleh kerana ia (robot) hanya dipinjamkan kepada HKL dan kos (pembelian) setiap robot adalah antara RM3 juta hingga RM6.5 juta, kita berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan mendapatkan robot ini untuk kegunaan pakar di empat hospital yang menyediakan perkhidmatan subpengkhususan ini. 

“Keempat-empat hospital itu ialah HKL, Hospital Umum Sarawak, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu (Kelantan) dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (Kedah),” katanya.

Sementara itu, Ketua Sub Kepakaran Artroplasti KKM Dr Mohd Yusof Ibrahim berkata evolusi pembedahan penggantian sendi secara robotik terbukti mengurangkan kebarangkalian pembedahan ulangan dan penggunaan tenaga manusia.

“Kaedah pembedahan konvensional biasanya menyebabkan kebarangkalian pembedahan ulangan yang tinggi kerana ketidaktepatan menempatkan implan di tempat yang sepatutnya. 

“Selain itu, kaedah konvensional memerlukan sekurang-kurangnya empat pakar terlibat dalam pembedahan berbanding hanya dua atau tiga orang jika menggunakan bantuan robot,” katanya.

Dianggarkan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini memerlukan pembedahan artroplasti. - Gambar Bernama 
Dianggarkan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini memerlukan pembedahan artroplasti. - Gambar Bernama 

Dr Mohd Yusof berkata di Malaysia dianggarkan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa memerlukan pembedahan artroplasti kerana kerosakan pada sendi lutut atau pinggul. 

“…tetapi pada masa ini, saya rasa masyarakat kita masih kurang kesedaran mengenai pembedahan ini kerana hanya satu hingga dua peratus sahaja yang sanggup membuat pembedahan berbanding di Singapura dan Thailand. 

“Singapura contohnya menjalankan lebih daripada 100 pembedahan ini dalam tempoh seminggu sedangkan negara kita contohnya di HRPZ II, hanya ada 10 atau 12 pembedahan seminggu. Jadi sokongan kerajaan terhadap penggunaan robotik diperlukan kerana akan menjadi kekuatan dalam KKM,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Presiden FDAM ‘Mat London’ Meninggal Dunia

2

Semasa 11 bulan yang lalu

KKD Komited Pastikan HKL Dilengkapi 5G - Fahmi

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Perisian Simulasi Robotik GoTechUp Secara Maya Menggabungkan Digitalisasi Dan Pendidikan STEM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Layanan Perubatan Istimewa Untuk Najib - Khairy

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara