Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cetus Minat STEM Si Cilik Dengan Kit Dron Dari Meraque

Dron EduKit Meraque serba unik diyakini mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak di Malaysia untuk memasang, mengekod dan menerbangkan dron mereka hanya dalam masa 15 minit.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 10:00AM

Gambar ihsan CERITA Communications

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Digemari ramai sebagai salah satu permainan yang terbaik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dron telah mendapat tempat di hati kanak-kanak dan tidak kurang juga buat mereka yang berjiwa muda.

Melihat minat yang semakin berkembang dalam arena ini, Meraque, yang tersenarai sebagai salah satu daripada 20 Syarikat Dron Terbaik dunia, telah melancarkan Dron EduKit Meraque serba unik yang diyakini mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak di Malaysia untuk memasang, mengekod dan menerbangkan dron mereka hanya dalam masa 15 minit.

“Dron EduKit Meraque direka oleh bekas pendidik dengan kerjasama pakar pembangunan kanak-kanak. Malah ia turut diuji oleh golongan kanak-kanak sebelum ia dilancarkan.”

“Ia memberi peluang untuk kanak-kanak agar dapat belajar lebih lanjut tentang litar ringkas dan kompleks, pengekodan dan pemprograman dalam persekitaran yang selamat. Mereka pasti teruja apabila melihat dron yang diterbangkan boleh ‘beraksi’ hebat apabila diterbalikkan 360 darjah!” ujar kata Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Md Razalee Ismail.

Md Razalee Ismail
Md Razalee Ismail

Dron EduKit Meraque ini turut menawarkan kelas penerangan percuma selama tiga jam dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. Modul pembelajaran turut meliputi peraturan, keselamatan, komponen dan kawalan, teknologi dalam pelbagai dron, dan aplikasi dalam industri dron.

“Kami komited untuk mencetuskan rasa ingin tahu kepada bakal jurutera dan pencipta masa hadapan dengan memberi si cilik bahan binaan asas untuk memasang dan menyesuaikan dron mereka sambil mempelajari konsep STEM seperti aerodinamik, pengagihan berat, toleransi kenaikan dan banyak lagi,” tambah Razalee.

Membentuk sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, Meraque melancarkan Program Pembangunan Kerjaya Teknologi Dron Generasi Muda Malaysia pada Februari tahun ini untuk melatih 500 belia dengan set kemahiran yang diperlukan dalam teknologi dan perkhidmatan dron menjelang 2023.

Selain itu, Meraque juga bekerjasama dengan Kelab Rakan Udara Malaysia (KRUM) bersama sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), serta Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) untuk merealisasikan program ini.

Kini, sesi pembelajaran akan diperluaskan ke Selangor mulai November, menggabungkan amalan terbaik daripada sesi rintis yang telah diadakan di tiga sekolah di Johor pada bulan April baru-baru ini. Di samping itu, Kelab Udara Malaysia akan menggunakan Dron EduKit Meraque di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

“Kami ingin meneroka dan membentuk bakat muda dalam bidang teknologi di seluruh negara memandangkan potensi pasaran global untuk dron adalah amat besar; di mana Malaysia mampu bersaing. Berjinak-jinak dengan dron adalah cara terbaik untuk mencetuskan minat dan keyakinan mereka sambil mereka ‘belajar dengan melakukan’,” ujar Razalee lagi.

Rangka Dron Quadcopter Do-It-Yourself Meraque juga serasi dengan jenama permainan binaan blok lain yang terkemuka di pasaran. Setelah dipasang dan dikonfigurasikan, dron ini boleh diterbangkan ke mana-mana sahaja.

Ini kerana ia mempunyai kawalan berkadar digital dan giro 6 paksi, sekaligus membolehkan penerbangan yang lancar. Semua bahagian diperbuat daripada plastik ASB tahan lasak, agar terselamat sekiranya terkena impak atau terjatuh secara tidak sengaja.

Kit yang mudah dipasang ini menawarkan nilai yang cukup berbaloi, di mana ibu bapa atau penjaga juga boleh turut serta. Sesuai dijadikan hadiah untuk hari lahir, dibawa ke destinasi percutian, atau buat mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia dron.

Sesi pembelajaran akan dijalankan di Makerslab MRANTI Park di Bukit Jalil dan EduCity di Iskandar, Johor yang menawarkan kemudahan penuh. Sesi tersebut disesuaikan untuk anak-anak dari umur 7 hingga 18 tahun dan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah Meraque dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Selain itu, sesi pembelajaran juga boleh diadakan di sekolah, kolej dan kelab komuniti dengan bilangan minimum pelajar 15 hingga 20 orang setiap kumpulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.meraque.com/. - Getaran, 30 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan Adalah Dilarang - CAAM

2

TARA 11 bulan yang lalu

Mampu Berlegar Di Ruang Udara Selama 45 Minit, DJI Mavic 3 Pro Sebuah Dron ‘Flagship’ Luar Biasa!

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan Sepanjang SAREX LIMA 2023 - CAAM

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Perisian Simulasi Robotik GoTechUp Secara Maya Menggabungkan Digitalisasi Dan Pendidikan STEM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi