web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembinaan Kilang Alat Ganti Terpakai Renault Trucks Langkah Pelaburan Ekonomi Sirkular

Pembinaan kilang alat ganti terpakai oleh Renault Trucks dapat mengembangkan lagi rangkaian syarikat tersebut dalam industri automotif dan memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah trak untuk diguna pakai.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 4:00PM

Syarikat Renault Trucks menghasilkan inisiatif pelbagai kemudahan yang disediakan melalui pembinaan kilang alat ganti mereka sebagai pelaburan dalam ekonomi sirkular. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kenderaan mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Tidak terkecuali trak-trak yang digunakan untuk membawa pelbagai barangan atau muatan sama ada untuk tujuan komersil atau perniagaan. 

Syarikat Renault Trucks telah menghasilkan inisiatif pelbagai kemudahan yang disediakan melalui pembinaan kilang alat ganti mereka sebagai pelaburan dalam ekonomi sirkular. Malah, ia mampu memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah trak yang ada untuk dijual dan digunakan pakai.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Tiga bentuk permohonan yang telah diminta berikutan pembinaan kilang ini iaitu penjanaan semula, penggunaan semula dan mengitar semula trak terpakai. Jadinya langkah ini dapat mengembangkan lagi rangkaian syarikat Renault Trucks dalam industri automotif.

Berdasarkan perancangan, syarikat ini telah mengumumkan pembinaan tapak industri yang dikenali sebagai Kilang Alat Ganti Terpakai dan akan menumpukan sepenuhnya terhadap mengitar semula trak serta memanfaatkan semula komponen atau alat ganti yang masih boleh diguna pakai.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Ia akan dibina berhampiran pusat logistik Renault bagi memudahkan proses penghantaran trak ke kilang. Trak yang dimasukkan ke dalam kilang tersebut akan dileraikan  pihak operator dan mengenal pasti semua komponen yang boleh dikitar semula seperti enjin, tangki minyak dan lain-lain.

Disusuli dengan proses memotong dan membersihkan bahagian yang dikitar semula sehingga ia kelihatan seperti alat ganti yang baharu dan akhir sekali, barangan tersebut akan dihantar terus kepada kedai alat ganti Renault Truck untuk dijual.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Semua alat ganti tersebut akan dilabelkan “Alat Ganti Terpakai Oleh Renault Truck” dan hanya dipasarkan melalui pengedar kilang secara dalam talian sahaja dengan kos jaminan perlindungan yang lebih rendah berbanding alat ganti yang baharu. - Getaran, 20 Sepetmber 2022

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelaburan Berpotensi Baharu Bernilai RM45.4 Bilion Dari Jerman - Tengku Zafrul

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Saran Majikan Bayar Gaji Minimum RM3,000 Kepada Graduan TVET

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Peralihan Kepada Tenaga Boleh Baharu Mampu Kurangkan Beban Industri Perhotelan

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry