Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelaburan Berpotensi Baharu Bernilai RM45.4 Bilion Dari Jerman - Tengku Zafrul

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:13AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan pimpinan industri dan perniagaan di Jerman, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Minat pelaburan baharu yang timbul daripada mesyuarat meja bulat dan pertemuan satu dengan satu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Selasa membawa nilai berpotensi RM45.4 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan berpotensi itu merangkumi projek baharu serta projek peluasan dan pempelbagaian.

"Pelaburan berpotensi itu daripada pelbagai industri seperti semikonduktor, aeroangkasa, peranti perubatan, kimia dan perkhidmatan," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mesyuarat meja bulat dan pertemuan satu dengan satu bersama Anwar.

Sebanyak 38 pemimpin industri dan perniagaan terkemuka dari bandar di Jerman seperti Stuttgart, Munich, Berlin dan Frankfurt, serta dari Belgium dan Perancis, menyertai mesyuarat itu.

Anwar juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari X-Fab, Melexis, Infineon Technologies AG, Schott AG, dan Airbus secara satu dengan satu.

Perdana Menteri, yang tiba di sini pada Ahad, mengambil peluang dengan memberi jaminan kepada perniagaan Jerman bahawa Malaysia kekal sebagai antara lokasi terbaik dan destinasi pilihan yang menekankan pendekatan mesra perniagaan untuk pelabur.

Syarikat daripada ekonomi terbesar dunia yang datang untuk bertemu Anwar itu terlibat dalam sektor seperti tenaga, peranti perubatan, semikonduktor, elektronik, jentera, automotif dan aeroangkasa.

Tengku Zafrul berkata, melalui pertemuan dengan pihak syarikat-syarikat itu, jelas terdapat petunjuk kukuh bahawa syarikat Jerman positif dan kekal komited terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

X-Fab, Melexis Dan Schott Akan Mula Operasi Tidak Lama Lagi

Beliau berkata, X-Fab, Melexis dan Schott sudah memaklumkan perkembangan terkini bahawa projek masing-masing, dengan pelaburan diluluskan bernilai RM4.45 bilion, kini dalam pembinaan dan dijangka memulakan operasi tahun ini.

Semasa pertemuan satu dengan satu bersama Perdana Menteri, Ketua Pegawai Operasi Infineon, Rutger Wijburg berkata, syarikat itu berada di landasan untuk membina kilang fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter terbesar dunia di Kulim.

"Infineon dan Malaysia membina kilang SiC terbesar di dunia. Malaysia dan Infineon bersama-sama berjuang menangani perubahan iklim," katanya.

Tahun lalu, Infineon yang beroperasi di Malaysia sejak 1973 mengumumkan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, pihaknya akan melabur lagi sehingga lima bilion euro di Kulim semasa fasa pembinaan kedua bagi pelan Modul Tiga.

Pelaburan itu akan menjadikan potensi perolehan SiC tahunan mencecah kira-kira tujuh bilion euro menjelang akhir dekad ini, bersama- sama dengan penukaran SiC 200-milimeter yang dirancang di Villach dan Kulim.

Antara yang menghadiri mesyuarat dengan Anwar hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Siemens, AG Roland Busch; CEO B. Braun GmbH, Anna Braun dan CEO Melexis, Marc Biron.

Turut hadir, Presiden Airbus Asia Pasifik, Anand Stanley dan Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Susanne Lehmann.

Wakil dari Dewan Perniagaan Jerman, Dewan Perniagaan Malaysia-Jerman, dan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW) turut hadir.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; CEO Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman dan CEO Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Terdapat lebih 700 syarikat Jerman yang berpangkalan di Malaysia dengan 65,000 pekerjaan diwujudkan.

Jerman menjadi rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak 2000, manakala Malaysia adalah rakan dagang terbesar Jerman daripada kalangan negara anggota ASEAN.

Pada 2023, jumlah perdagangan Malaysia dengan Jerman meningkat 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (AS$13.90 bilion) daripada RM59.87 bilion (AS$13.62 bilion) pada 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 jam yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

3

Semasa 2 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza